Meon Love Meehon

Sirah Nabi s.a.w

January 27, 2009 · Leave a Comment

Ni aku petik dari kuliah agama dalam radio pada 14/1 oleh Dr Abd Aziz Hanafi

Anak-anak Nabi

1- Al-Qasim

Meninggal dunia ketika berusia 2 tahun

2- Zainab

3- Ruqiah

Isteri kepada sahabat nabi s.a.w Osman Arfan r.a. Meninggal ketika peristiwa Badar

4- Fatimah

Kahwin dengan Syaidina  Ali r.a. Sebelum nabi s.a.w wafat, baginda berbisik dan Fatimah yang sedang menangis tersenyum sambil menyatakan beliau akan mengikuti ayahnya dalam masa terdekat. Beliau kemundiannya meninggal dunia 4 bulan selepas kewafatan nabi s.a.w

5- Umi Kalsom

Juga isteri kepada Syidina Osman. Meninggal dunia pada 8 hijjrah. Nabi ada berkata sekiranya beliau ada lagi anak perempuan akan beliau kahwinkan dengan Syidina Osman r.a.

Ketika hendak memasukkan jenazah beliau ke dalam liang lahat, nabi bersabda bermaksud sesiapa yang tidak berhadas besar boleh turun ke dalam liang. (Bermaksud orang berhadas besar haram masuk ke dalam liang.) Ketika ini Syidina Osman sedang dalam keadaan berhadas besar dan beliau tidak masuk ke dalam.

6- Abdullah

Meninggal ketika masih kecil.

7- Ibrahim

Satu-satunya anak nabi s.a.w bukan dengan Khadijah r.a. Ibu Ibrahin ialah Siti Mariah yang di hadiahkan raja Mesir kepada nabi s.a.w. Ibrahim meninggal dulua pada 10 hijjrah. Ketika ini nabi s.a.w ada menangis dan ditanya oleh sahabat, lalu nabi menjawab tidak salah menangisi kematian anak (bukan meronta-ronta). 

Berlaku juga peristiwa gerhana semasa kematian Ibrahim. Lalu timbul syak mengatakan makluk lain di langit pun menangisi kematian anak nabi s.a.w. lantas disanggah oleh nabi dengan mengatakan tidak berlaku sesuatu itu disebabkan oleh itu dan ini melainkan dengan ketentuan Allah s.w.t. Dari peristiwa ini jugalah menjadi amalan sunat solat gerhana.

 

Semua anak lelaki nabi s.a.w meninggal ketika masih kecil. Hikmahnya ialah tidak berlaku fitnah bila kewafatan nabi akan dilantik pula anak baginda menjadi nabi. Sedangkan nabi s.a.w adalah nabi akhir zaman.

Categories: al-quran · keluarga

0 responses so far ↓

  • There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment