Apa yang aku faham…

Rayuan haji

Posted on: February 22, 2011

Awal tahun ini aku telah menulis surat rayuan mengerjakan haji untuk mak dan ayah. Rayuan yang aku buat untuk tahun 2008, 2009 dan 2010 semuanya gagal.

Hujung minggu lepas ayah aku mendapat panggilan dari pegawai Tabung Haji Kuala Lumpur. Dia mengarahkan ayah aku pergi ke pejabat Tabung Haji berdekatan untuk mengambil borang khas rayuan mengerjakan haji untuk tahun ini.

Hari Ahad lepas, aku bawa ayah aku ke pejabat Tabung Haji Jitra. Pegawai Tabung Haji menyapa kami dengan mesra sambil berkata “ sedang sibuk menyiapkan surat jemputan bakal haji mengikuti kursus yang bakal bermula 25 Februari.”

Aku faham senarai mereka yang terpilih untuk mengerjakan haji bagi tahun ini sudah keluar. Mak dan ayah aku hanya akan terpilih mengikut kuota rayuan sahaja.

Selepas menerangkat tujuan kami, pegawai tersebut memberikan satu borang Permohonan Rayuan (Kesihatan) untuk menunaikan fardhu haji bagi musim haji ___ Hijrah.

Beliau menerangkan “jika tuan mendapatkan rawatan dari klinik swasta, hanya pakar yang boleh mengisi borang ini.”

“Pegawai perubatan atau pakar boleh mengisi borang ini jika tuan mendapat rawatan dari hospital kerajaan.”

Kami turut medapat lampiran betajuk ‘Guidelines for health screening’. Lampiran ini menerangkan penyakit kronik yang tidak dapat diluluskan untuk mengerjakan haji. Juga, terdapat hukum mengerjakan haji bagi pesakit kronik yang dikeluarkan pada 15 Disember 2008 oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengatakan

  • jika mengidap sakit kronik yang tiada harapan sembuh mereka tidak wajib menunaikan ibadah haji
  • sekiranya mereka mampu (kewangan), mereka wajib menunaikan badal haji
  • jika sembuh, wajib menunaikan haji jika mampu.

 

Ya Allah, jadikan ayah dan mak aku tetamu mu di tanah suci tahun ini.
Pemudahkanlah aku untuk menjadi tetamu mu juga. Amin

About these ads
Tags:

4 Responses to "Rayuan haji"

assalamualaikum…sy nak tau mcm mana nak buat rayuan memrcepatkan tarikh utk menunaikan hj.ini kerana bapa dan mak saya tlh mendaftar hj pada tahun 2008….tetapi tarikh untk menunaikan hj pada tahun2023.bapa sy ada penyakit gout tp dlm peringkat awl lg.mak saya pula mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis tp skrg tahap kesihatan kedua org tua saya masih blh dikawal..saya mengharap sangat tarikh untuk mempercepatkan menunaikan hj.ini adalah maklumat kedua org tua saya halimi bin mohamad k/p600102-71-5699 akaun ;630501058097941 hasniyah k/p620413-71-5344 akau;630501059666845

w.salam.
Borang untuk rayuan kesihatan hanya diberi kepada kes kesihatan yang munasabah. boleh try minta kat pejabat TH. Kisah rayuan haji ni emak saya telah gagal kerana panel doktor reject, walaupun isteri saya sendiri yg membuat perakuan kesihatan. Sebenarnya ibu saya mengidap cancer tahap 4 dan telah meninggal dunia pada bulan syawal (belum musim haji) tahun rencana itu di tulis.

Ramai rakan saya yang dapat pergi tahun ni (2013), telah mendaftar pada tahun 2005-2007. Mungkin tahun depan masuk dalam senarai tetamu Allah. tapi cepat berusaha ke pejabat TH sebaik masuk tahun baru hijrah.

buat surat rasmi dan ambil borang kesihatan kat mana2 cawangan tabung haji dan hantar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


  • meehon: Salam, Saya bukanlah orang yang sesui untuk memberi petua kerana penyakit saya ini sememangnya tak terkawal. Tahun ini ada sedikit penurunan bacaan H
  • Azman: Assalamualaikum w.b.t Tuan, Nama sy Azman juga, pengidap kencing manis.Boleh tuan turunkan petua pada saya cara mengstabilkan kencing manis
  • ina: buat surat rasmi dan ambil borang kesihatan kat mana2 cawangan tabung haji dan hantar

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 281 other followers

%d bloggers like this: