Strategi Menghafal Sifir

“Mata kita akan memandang sebelah kiri atas apabila cuba mengingati gambaran/imej tertentu.”

Pada awal Disember lalu aku menonton pertandingan ejaan dalam ESPN. Kesemua 5 peserta peringkat akhir akan melakukan seperti kenyataan diatas semasa hendak melakukan ejaan. Pemenang pertandingan tersebut ialah gadis keturunan India. Mata beliau amat jelas menunjukkan tingkahlaku tersebut dan beliau menulis di tapak tangan semasa menjawab soalan. Kelakuan ini menunjukkan beliau menggunakan kaedah visual dan kinestetik dalam mendapatkan maklumat.

*Bagi orang kidal kenyataan di atas adalah berlawanan.

Robert B. Dilts dalam kajiannya menyatakan orang yang cekap dalam ejaan (spelling) menpunyai corak tingkahlaku yang hampir sama. Orang yang sukar melakukan ejaan pula mempunyai strategi yang bercampur-campur. Hasil pemerhatian beliau untuk melakukan ejaan yang betul, mata mereka akan melihat bahagian atas sebelah kiri. Apabila ditanya “bagaimana anda tahu ejaan tersebut betul?” mereka akan menjawab “It makes me feel uncomfortable to see all of those misspellings“.

Robert kemundiannya membuat kesimpulan orang yang cekap dalam ejaan menggunakan 2 strategi iaitu visual dan kinestetik.

Masih ingatkah anda jadual sifir yang aku buat dalam blog ini dalam kategori math:fun & easy?

Aku telah mengaplikasikan teknik ini untuk mengajar anak menakan (anak saudara) aku yang tak suka matematik dari sekolah rendah (mungkin dia tak faham bahasa Inggeris kot…). Aku tanya kali-kali 3 (sifir 3) pun lembat nak jawab dan salah.

Menggunakan cara Robert Dilts mengajar ejaan, aku buat kotak sifir tersebut dan suruh dia bayangkan key pad handphone.

  1. Aku suruh dia bayangkan menaip no telepon emak dan rakan-rakan dia untuk menetapkan kedudukan no 1 hingga 9.
  2. Aku tunjukkan kotak magik sifir 3 seperti dalam blog ni.
  3. Aku suruh dia pejam mata dan bayangkan no sifir tersebut diatas key pad handphone dia.
  4. Aku suruh dia naikkan gambaran sifir tersebut di sebelah atas bahagian kiri dan lihat sejelas yang mungkin. Aku minta dia buat gambaran kotak tersebut dalam warna yang dia suka.
  5. Boom, tak sampai 2 minit dia dah mahir sifir 3. Tanya pi lah macam mana pun dia jawab dengan pantas dan betul.

 

Kotak sifir 3 hampir sama untuk kali-kali 7 dan 9. Tak sampai setengah jam beliau sudah cekap sifir 3,7 dan 9.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 280 other followers

%d bloggers like this: