Dah nak masuk tahun baru 2012 ni. Macam mana azam tahun 2011? Dah buat azam untuk tahun 2012?
Kali ni aku nak kongsi satu kaedah membuat azam yang berkesan. Mengikut satu kajian yang dilakukan kepada lepasan sebuah universiti, meraka dibahagikan kepada 3 golongan.
- yang tidak membuat azam
- yang ada azam
- yang ada azam dan menulis azam tersebut
Selepas 15 tahun didapati pendapatan golongan ke-2, 10 kali ganda dari golongan pertama. Pendapatan golongan yang menulis azam mereka adalah 17 kali ganda dari golongan ke-2.
Anda mungkin dah tahu peranan SMART dalam membuat azam. Ingat lagi iklan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dengan watak Captain Cash?
S- matlamat mesti specifik
M- matlamat mesti boleh diukur
A- matlamat mesti boleh dicapai
R- matlamat mesti realitik
T- matlamat mesti ada tempoh masa
Azam atau matlamat akan menjadi lebih power jika anda tambah dengan 3P iaitu
- Personal
- Present
- Positive
Bagaimana nak masukkan 3P dalam matlamat?
Ini adalah contoh matlamat yang memenuhi semua kretiria di atas
Saya melihat diri saya melakukan wukuf, lontar, tawaf dan sa’i di Mekah pada tahun 2015. Saya menitiskan air mata keinsafan dan kesyukuran sambil melagukan ‘labai kallah..’