Harapkan pagar, pagar makan padi
Melepaskan batuk di tangga.
2 peribahasa Melayu yang amat terkenal. Kalau mengikut amalan NLP kita kan mengaitkan (associate) sebab dan kesan (cause and effect). Otak separa sedar kita akan mencipta visual/audio/kinestetik untuk mengaitkan pagar yang sedang memakan padi dan perbuatan batuk di tangga.
Peribahasa tersebut mempunyai makna yang otak kita tak dapat buat gambaran yang jelas. Bagaiman pagar memakan padi? Kenapa batuk di tangga memberi makna buat kerja tak selesai atau bersungguh?
Hari ini aku dapat maklumat terbaru dari link kawan sekolah kat Facebook peribahasa sebenar di atas.
Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit adalah pemidato dari Brunei yang telah menjadi naib johan dalam pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011. Beliau menjelaskan terdapat salah terjemahan ejaan dari jawi ke rumi untuk pagar. Sebenarnya Dr. Bahanuddin Helmi menulis (pa, kap, ra) untuk pegar iaitu sejenis burung (bahasa Inggeris untuk pheasant).
Burung ini memang memakan tikus dan makhluk perosak di sawah.
Bedaduz pula menerangkan maksud sebenar batuk.
Perkataan asal mengikut ejaan jawi ialah batok iaitu sejenis alat yang digunakan untuk menyedok air dari tempayan dan membasuh kaki sebelum naik ke atas rumah pada zaman dahulu.
Anda boleh google perkataan batok dan pegar untuk tengok imej sebenar.
Kalau kita guna
Harapkan pegar, pegar makan padi
Melepaskan batok di tangga
mengikut maksud sebenar maka otak separa sedar kita akan memberi gambaran yang jelas untuk makna asal.