Meon Love Meehon

Case Study :- Kesan Colostrum (Alpha Lipid Lifeline) Pada Pesakit Diabetes

** Hasil Kajian selepas 2 bulan **

Banyak testimoni untuk produk-produk supplement kita dok tengok dalam pasaran sekarang amat tidak meyakinkan. Ramai yang mendakwa sembuh selepas mengamalkan supplement tertentu dan meninggalkan ubat dari hospital. Bini aku dok kata ramai yang mendakwa dah lega dari cancer dan tak mau pi ke hospital..last-last bila pi hospital, cancer dah dok tahap kritikal. Kebanyakan testimoni ini hanya kata saja lega tanpa sebarang data untuk menyokong dakwaan mereka.

Maka dengan itu aku mengambil initiative  untuk menjadikan diri aku sebagai case-study untuk susu colostrum dari Alpha Lipid Lifeline.

This is my story (Azrul 017-4796054)meon1

Pada 22 Nov 2008 aku telah ikut seorang kawan ke Library Penang untuk mendengar taklimat oleh ketua saintis Institute of Colostrum Research, Michail Borissenko, tentang colostrum. Tertarik dengan maklumat tersebut aku telah membeli produk tersebut dan akan menjadikan diri aku sendiri sebagai case-study.

Sedikit maklumat tentang penyakit aku.

Pada tahun 2005 aku telah disahkan mengidap kencing manis dan mendapat rawatan secara tetap di klinik perubatan hospital kerajaan. Sekarang aku terpaksa menyuntik insulin setiap malam serta memakan ubat untuk kencing manis pada tahap maksimum.

  1. Insulin 8 unit 1X sehari100_0254
  2. Metformin 2 X 500mg 3 kali sehari
  3. Gliclazide 2 X 80mg 2 kali sehari
  4. Neurontin (Gabapentin) 1 X 300mg 3 kali sehari
  5. Aspirin 1/2 X 300mg 1 kali sehari

Kesan dari penyakit diabetes ini kaki aku sentiasa mengalami kebas. Setelah menbuat pemeriksaan menyeluruh aku juga disahkan mengalami fatty liver. Dan yang terbaru saluran darah pada mata kiri aku sudah pecah. Kini mata kiri aku sentiasa berair dan ber’tahi mata’.

Aku akan melakukan ujian menggunakan alat jenama Optium. Darah akan diuji pada sebelah pagi untuk data berpuasa dan 2 jam selepas makan tengahari bagi data selepas makan. Ubat-ubat aku akan makan seperti biasa, manakala susu Alpha Lipid Lifeline aku akan minum sebelah pagi dan malam.

Sila ikuti result darah aku di bahagian comment

Ni dia graf utk data sehingga 4/12/08

blood_record

17 Comments

17 responses so far ↓

  • meehon // November 26, 2008 at 8:30 am | Reply

    Neurontin ubat saraf untuk kaki aku yg kebas.
    Aspirin pula sebagai pencegahan, mencairkan darah bagi mengurangkan risiko sakit darah tinggi.

  • meon // December 1, 2008 at 12:25 am | Reply

    Ni dia data untuk bulan Nov

    23/11 [8.8][8.3]
    24/11 [9.7][6.9]
    25/11 [8.1][7.8]
    26/11 [8.4][8.6]
    27/11 [10.1][12.4] *Ada kenduri kat rumah org tua aku
    28/11 [9.4][6.7]
    29/11 [10.4][18.7][9.9] *Jangan makan PULUT!!!
    30/11 [7.7][ ]

  • meon // December 2, 2008 at 11:22 am | Reply

    Pada 29/11 aku makan pulut masa lunch coz bini aku telupa tekan suiz periuk nasi. Tu yg reading jadi 18.7. Tinggi wooo. Malam ok balik

  • meon // December 2, 2008 at 11:27 am | Reply

    1/12 [8.9] [6.4]
    2/12 [8.4] [8.1]

    Dah 10 hari tapi masih tak ada perkembangan yang memberangsangkan lagi. Next week raya haji pulak. Makan susah nak control.

  • meon // December 3, 2008 at 10:51 pm | Reply

    3/12 [9.1] [6.2]

  • meon // December 5, 2008 at 1:32 pm | Reply

    4/12 [7.8] [7.1]

  • meon // December 6, 2008 at 1:24 am | Reply

    Memang tak control langsung aku ni.

  • meon // December 6, 2008 at 12:59 pm | Reply

    5/12 [7.6] [6.3]
    6/12 [7.2] [6.8]

  • meon // December 10, 2008 at 8:24 am | Reply

    7/12 [8.1] [7.5]
    8/12 [13.8] [9.8]
    9/12 [9.7] [12.2]
    10/12 [9.7]

    Balun ketupat malam raya 8/12
    sampai kelantan balun pulak nasi dagang 9/12

  • azman // December 12, 2008 at 8:32 am | Reply

    salam bro. wa minta izin nak pakai kaedah sifir lu tu utk anak2 wa.Dan rasa ingin berkongsi plk rasanya ngan lu cuma tak tahulah ianya berguna wat lu atau tidak bg mmbantu sakit kencing manis lu. cuma wa slalu guna kaedah ni merawat para pilot kita yang berkhidmat dgn airline asing yang mana mereka setiap 6 bulan medical check up dan kandungan gula tidak boleh melebihi 5.5 . jika lebih mereka boleh ditamatkan perkhidmatan.kalau lu senang e-mail lah waa. wa nak tulis kat sini segan. entah orang mahu atau tidak. cubalah 3 kali kalau tak jadi pedulikanlah formula bangang ni. maafff bro……

  • meon // December 13, 2008 at 2:47 pm | Reply

    11/12 [8.9] [6.8]
    12/12 [9.1]
    13/12 [10.1] [5.6]

    Pada 10 dan 12 Dec aku tak sempat utk ambil blood for testing.

  • meon // December 15, 2008 at 8:15 am | Reply

    14/12 [10.3][11.9]
    15/12 [7.5][7.1]

  • zubir // December 18, 2008 at 3:56 am | Reply

    Cuba control pengambilan nasi dlm masa 2 minggu ni.Susu tu on macam biasa.Kita nak tengok sama ada kanji dlm nasi tu penyebab utama @ memang susu ni tak efektif.

  • meon // December 21, 2008 at 8:16 am | Reply

    16/12 [7.8][10.2]

    Sorry la stripe optium aku habis so tak buat test darah la utk minggu ni.

  • naset // January 4, 2009 at 4:43 pm | Reply

    sori wei… aku mmg tak sengaja tak ajak hang pi kenduri bonn…

  • rakan senasib // January 28, 2009 at 8:13 am | Reply

    Wei Meon

    mengerikan juga penyakit kita ni ye…. he he he ….. Ngeteh jom bila2 aku pi AS

  • paksu // February 10, 2009 at 5:02 am | Reply

    salam..
    aku nak habag hang, brother aku kena tahap max diabetic aku tak tau la takat mana tu sampai badan mcm taikpit dah, doc kata pankreas rosak, kidney out makna kata kira Izrael dok tunggu tepi pintu laa.. nak jadi rezki, jumpa senior kita (oops aku) kat kulim dia pun mcm tu ingat dah ‘jalan’ ALHAMDULILLAH ALLAH bagi lagi hirup O2 Dia.. Bro aku pi ‘operate’ pankreas+kidney kat 1 dr.datuk kat sentul..

Leave a Comment