Meon Love Meehon

Entries categorized as ‘malaysiakini’

Ucapan DS Nizar

May 12, 2009 · Leave a Comment

* Adakah pemimpin UMNO yg buat ucapan macam ni??  Adakah depa ada ajak rakyat bersembahyang dalam ucapan kemenangan depa? Adakah depa mengingatkan kita akan soalan akhirat?

Cuba sebut mai nama pemimpin UMNO yg buat macam tu…

************

 

Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rakyat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.

 

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon keampunan dari Allah SWT.

Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakanya di atas prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakkan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa, negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zina, mabuk, tak sembahyang, jahil dan lain-lain.

Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.

Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula saya mengajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masaalah mereka melalui pusat khidmat masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Chagkat Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.

Kepada semua kakitangan Kerajaan di semua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT di akhirat kelak. Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisis ekonomi global kini.

Kepada semua media, marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melaporkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.

Kepada semua pegawai dan penjawat awam, jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato’ Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serius beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!.

Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.

Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan-tuan kerana dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh ke bawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyorkan usaha memilih ketua JKKK. Raja Muda cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.

Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh negeri kita.

HIDUP RAKYAT!

ALLAHU AKBAR!

Categories: Ngomen · malaysiakini

Melayu Islam

May 4, 2009 · 1 Comment

“If Malays want to defend their rights, go ahead based on Bumiputera rights or whatever. But you cannot say Islam does not defend you because you are Chinese or Indian. Islam was not given just to the Malays. Do not in your efforts to defend Malay rights relate it to Islam. Islam was not sent down by God to protect Malays but all of humanity,” – Bekas Mufti Perlis Mohamad Asri Zainul Abidin.

Alih bahasa kasar…

“Jika orang Melayu mahu mempertahankan haknya, teruskan berdasarkan hak-hak yang diperuntukan kepada Bumiputera dan sebagainya. Tetapi, jangan gunakan Islam untuk mempertahankan Melayu dan tidak mempertahankan hak bukan Melayu. Islam bukan diturunkan semata-mata untuk umat Melayu.”

Categories: Ngomen · malaysiakini

Khutbah Wada’

February 26, 2009 · Leave a Comment

“Bacalah: Dengan nama Tuhanmu yang Menciptakan, Yang menciptakan insan (manusia) dari sebuku (segumpal) darah (beku); Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar insan melalui (perantaraan) qalam, Yang mengajarkan insan apa yang tidak diketahuinya.”

(Surah al-Alaq 1-5) – Wahyu berupa Ayat Pertama yang diturunkan oleh Allah SWT menerusi Malaikat Jibril A.S. di Gua Hirak

 

ANTARA ISI PENTING YANG DIPETIK DARI KHUTBAH TERAKHIR (KHUTBAH WIDA’) NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW – disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.

Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu. “Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida’

(Nota :Aku tidak dapat memastikan kesahihan terjemahan/teks penuh yang dipaparkan di bawah.Sila merujuk kepada mereka yang lebih arif)

Dari Satu Forum – ada dinyatakan sebagaimana berikut :

Khutbah Wada’ di sebut dalam hampir semua kitab Hadis. Antara lain – Sahih al-Bukhari:Hadith no. 1623, 1626, 6361 & 98. Imam al-Tirmidhi juga menyebut dalam Hadith-Hadith no. 1628, 2046, 2085. Imam Ahmad bin Hanbal telah menerangkan versi yang paling panjang dan paling lengkap dalam Musnad, Hadith no. 19774.

Categories: al-quran · malaysiakini

Nizar vs Zambry at Malaysiakini

February 25, 2009 · Leave a Comment

Dengar khabarnya kini setiap hari Isnin Dr. Zambry dok sembahyang zohor  berjemaah di pejabat suk. Bagus laa..dulu Nizar setiap hari mengimamkan solat kat pejabat dia. Perkara yang baik kena ikut la kalau tak boleh ikut semua jangan tinggal semua. Ni ngomel aku pasai pemimpin ni…

nizar vs zambri at malaysiakini

 

Pada suatu hari Khalifah Harun Al-Rashid memanggil pembantunya untuk pergi berjumpa ulamak pada zaman itu iaitu Khubair kerana merasakan jiwanya kosong.

Mereka pergi ketika malam, Khubair yang melihat banyak lampu sedang menuju ke rumahnya tahu akan kedatangan khalifah, lalu memadam semua lampu.

Khalifah Harun masuk dan mencari Khubair dalam kegelapan itu. Tiba-tiba tangannya tersentuh Khubair lalu Khubair berkata:

Khubair: “Alangkah baiknya jika tangan yang lembut ini tidak dibakar api neraka.”

Pembantu khalifah hendak membelasah Khubair tapi dihalang, lalu menagislah khalifah Harun al-Rashid (Khubair ada kata pada khalifah tentang tindakan pembantu dia ni tapi aku tak ingat..). Selepas berhenti berkata khalifah

“Wahai Khubair, tolong nasihatkan aku kerana aku merasakan jiwa ku kosong”

“Wahai khalifah, Ketika Omar Abdul Aziz dilantik menjadi khalifah, menangis dia lalu pergi berjumpa dengan 3 orang ulamak. Beliau berkata wahai sahabatku, aku telah ditimpa satu bala yang sangat besar. Satu amanah yang berat kini terpaksa aku tanggung…. “

Tapi engkau ketika menerima jawatan itu merasa gembira dan meraikannya”

Menangis lagi khalifah Harun al-Rashid… ……

Iktibarnya:
1-Kita kena isi jiwa kita. Kalau kita bukan ulamak tapi dilantik menjadi pemimpin kita kena dapatkan nasihat dari mereka.

2-Kadang-kadang pembantu kita yang merosakkan kita. Mereka terlalu menjaga kita(disamping menjaga kepentingan mereka sendiri). Aku rasa lani banyak kes-kes macam ni. Pemimpin taktau pun tapi pembantu yang buat semua. Sebagai contoh bila pembantu pemimpin pi mintak nak buat sesuatu maka pegawai menganggap itu arahan pemimpin tersebut. Tak berani nak tanya lebih lalu terus approve saja.

3- Kita kena sedar macam nasihat pakcik spiderman “great power comes with great responsibality” . Sebenarnya jawatan itu amanah. Akan dipersoalkan nanti. Dan semuanya akan diletak atas bahu kita. 7 Perkara yang tuhan akan tanya macam mana kita uruskan usia, sihat, hidup, muda, kaya dan ilmu tapi bab harta tuhan akan tanya 2 perkara- mai mana dan belanja macam mana.

4- Berbuat baiklah dengan ulamak. Memang bukan semua ulamak boleh jadi umarak tapi semua umarak kena dekati ulamak. Kalau kita dah ada umarak yang ulamak maka kita kena pertahankan laaa…

Categories: Ngomen · malaysiakini