Dari Satu Kesalahan Kepada Kesalahan Lain

Al-kisah seorang alim yang cuba digoda oleh syaitan. Pertama syaitan mengoda agar si alim ini berzina namun ditolak metah-mentah. Memang dasar syaitan tak pernah jemu menggoda umat manusia. Syaitan meracuni fikiran si alim ini agar mencuba arak sedikit saja bagi memuaskan hati si wanita yang menggodanya supaya wanita itu beredar meninggalkannya.

Di pendekkan cerita, si alim tadi mencuba sedikit arak yang terhidang. Akhirnya beliau mabuk dan berzina dengan wanita tersebut. Apabila tersedar si alim menjadi panik lalu membunuh wanita tersebut bagi menutup kesalahan yang telah beliau lakukan.

Akirnya si alim talah melakukan kesemua dosa besar tersebut.

Keadaan yang sama berlaku sekarang ini dalam negara kita. Pada awalnya kerajaan menyatakan harga minyak hanya akan dinaikkan pada bulan Ogos. Tup-tup bulan Jun depa bawak naik lebih 40%. BANYAK WOO.

Bila orang mula komplain dan mengata depa buat satu keputusan yang tak logik dek akal. Bagi rebat 650 dan 150 masing-masing kepada pemilik kereta dan motor.

Pas tu bila keadaan makin meruncing depa terpaksa menaikkan pula tarif elektrik. Dan sekali lagi kerajaan melakukan kesilapan dengan buat pengumuman sapa-sapa yang bil litrik kurang 20 ringgit tak payah bayar untuk setahun bermula dari Oktober tahun ni.

Lani bak umpama si alim tadi yang tersedar dari lena lepas berzina la kerajaan Pak Lah. Harga minyak mentah dunia jatuh bawah USD70.00. Hari tu menteri dia kata kalau minyak pada USD72 depa boleh bagi balik harga sebelum kenaikkan dulu 1.92.

Nak bawak turun harga minyak kat stesen tak boleh pasai duit untuk orang yang belum renew road tax tak bagi lagi. Takat bulan Ogus sampai lani dah 2b diberikan sebagai rebat. Nak bawak turun lebih 15 duit pun tak boleh. Depa kata stesen tak untung.

Nak bawak turun tarif litrik pun tak leh jugak.

Memang Pak Lah dah jadi macam si Alim tadi. Dulu masa baru naik siap tunjuk muka depan setiap akhbar arus perdana dok jadi imam solat. Lani hampaih pun tarak.

Sama jugak kes buang bayi. Dari beromen, kepada berzina kepada buang bayi kepada membunuh (bayi mati).

“Ya Allah, jadikanlah kami orang yang mudah mengakui kesilapan dan kesalahan kami dan jadikanlah kami orang yang mudah bertaubat. Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s