Nizar vs Zambry at Malaysiakini

Dengar khabarnya kini setiap hari Isnin Dr. Zambry dok sembahyang zohor ¬†berjemaah di pejabat suk. Bagus laa..dulu Nizar setiap hari mengimamkan solat kat pejabat dia. Perkara yang baik kena ikut la kalau tak boleh ikut semua jangan tinggal semua. Ni ngomel aku pasai pemimpin ni…

nizar vs zambri at malaysiakini

 

Pada suatu hari Khalifah Harun Al-Rashid memanggil pembantunya untuk pergi berjumpa ulamak pada zaman itu iaitu Khubair kerana merasakan jiwanya kosong.

Mereka pergi ketika malam, Khubair yang melihat banyak lampu sedang menuju ke rumahnya tahu akan kedatangan khalifah, lalu memadam semua lampu.

Khalifah Harun masuk dan mencari Khubair dalam kegelapan itu. Tiba-tiba tangannya tersentuh Khubair lalu Khubair berkata:

Khubair: “Alangkah baiknya jika tangan yang lembut ini tidak dibakar api neraka.”

Pembantu khalifah hendak membelasah Khubair tapi dihalang, lalu menagislah khalifah Harun al-Rashid (Khubair ada kata pada khalifah tentang tindakan pembantu dia ni tapi aku tak ingat..). Selepas berhenti berkata khalifah

“Wahai Khubair, tolong nasihatkan aku kerana aku merasakan jiwa ku kosong”

“Wahai khalifah, Ketika Omar Abdul Aziz dilantik menjadi khalifah, menangis dia lalu pergi berjumpa dengan 3 orang ulamak. Beliau berkata wahai sahabatku, aku telah ditimpa satu bala yang sangat besar. Satu amanah yang berat kini terpaksa aku tanggung…. ”

Tapi engkau ketika menerima jawatan itu merasa gembira dan meraikannya”

Menangis lagi khalifah Harun al-Rashid… ……

Iktibarnya:
1-Kita kena isi jiwa kita. Kalau kita bukan ulamak tapi dilantik menjadi pemimpin kita kena dapatkan nasihat dari mereka.

2-Kadang-kadang pembantu kita yang merosakkan kita. Mereka terlalu menjaga kita(disamping menjaga kepentingan mereka sendiri). Aku rasa lani banyak kes-kes macam ni. Pemimpin taktau pun tapi pembantu yang buat semua. Sebagai contoh bila pembantu pemimpin pi mintak nak buat sesuatu maka pegawai menganggap itu arahan pemimpin tersebut. Tak berani nak tanya lebih lalu terus approve saja.

3- Kita kena sedar macam nasihat pakcik spiderman “great power comes with great responsibality” . Sebenarnya jawatan itu amanah. Akan dipersoalkan nanti. Dan semuanya akan diletak atas bahu kita. 7 Perkara yang tuhan akan tanya macam mana kita uruskan usia, sihat, hidup, muda, kaya dan ilmu tapi bab harta tuhan akan tanya 2 perkara- mai mana dan belanja macam mana.

4- Berbuat baiklah dengan ulamak. Memang bukan semua ulamak boleh jadi umarak tapi semua umarak kena dekati ulamak. Kalau kita dah ada umarak yang ulamak maka kita kena pertahankan laaa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s