Menulis artikel untuk akhbar dan majalah

Pada pertengahan tahun ini anak sulung aku mengalami masalah dengan pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Banyak tugasan karangan beliau tidak buat dan aku telah dipanggil berjumpa dengan guru beliau. Pelbagai cara aku cuba untuk mengajar anak ini menulis karangan tapi dia tak dapat menerimanya.

Terpanggil untuk membuktikan bahawa penulisan boleh diajar dan dilatih maka aku menyertai satu kursus menulis rencana untuk akhbar dan majalah yang diajar oleh Tuan Zamri Mohamad penulis 15 buat buku yang diterbitkan oleh PTS. Pada 8 Ogos 2010 aku telah menyertai benkel sehari beliau. Banyak tips dan cara yang dipelajari dari benkel ini dengan sasaran satu rencana akan diterbitkan dalam akhbar sebelum hujung tahun 2010.

Sebaik pulang ke rumah aku telah menulis 3 rencana dan meminta tuan Zamri menganalisa tulisan aku sebelum dihantar kepada akhbar.

Tulisan pertama aku telah diterbitkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 20 Ogos 2010. Klik di sini.

Petani patut proses hasil tanaman
Petani patut proses hasil tanaman

Lebih membanggakan apabila tulisan tersebut mendapat respon dari Ketua Komunikasi Korporat, Jabatan Pertanian pada 7 September 2010 bertajuk “Jabatan Pertanian serius bantu petani”.

Reply Jabatan Pertanian

Berita ini telah dihebahkan oleh tuan Zamri kepada alumni kursuspenulisan.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s