Bab contoh proposal buku ilmiah

Apa beza Nuzul Quran dan Lailatul Qadar?

Nabi Muhammad saw menerima wahyu pertama pada 17 ramadhan 13 tahun sebelum hijrah. Tarikh tersebut telah dipilih untuk dikenang sebagai Nuzul Quran.

“Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar” [97:01]

Kenapa berlaku dua tarikh berbeza untuk penurunan Al-Quran?

Sebenarnya proses penurunan Al-Quran terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat pertama, Al-Quran diturunkan oleh Allah ke satu tempat suci dikenali sebagai Luh Mahfuz. Keseluruhan isinya telah lengkap dan segala yang dinyatakan pasti akan berlaku. Ini telah dinyatakan oleh Allah melalui firmannya dalam suruh Al-Buruj bermaksud

“Bahkan Al-Quran yang tinggi kemuliaannya. (Sebaik-baiknya terpelihara) di Luh Mahfuz“ [85:21-22]

Setelah itu, Allah menurunkan pula Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah, satu tempat di langit dunia pada malam yang penuh kemuliaan. Malam tersebut dikenali sebagai malam Lailatul Qadar. Allah menerangkan peristiwa ini dalam suruh Al-Baqarah dan Al-Qadr.

“Dalam bulan Ramadhan Al-Quran telah diturunkan sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dan salah….” [02:185]

“Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar” [97:01]

Setelah itu barulah Al-Quran diturunkan secara berperingkat kepada Nabi Muhammad saw sebagai panduan dan petunjuk kepada manusia tentang perkara baik dan buruk. Keseluruhan proses ini mengambil masa 23 tahun dengan 13 tahun pertama semasa Nabi saw berada di Mekah dan selebihnya selepas Nabi saw berpindah ke Madinah.

Fakta:

  1. Ayat pertama diturunkan kepada Nabi saw ialah [96:01-05] di Gua Hira’.
  2. Suruh pertama yang lengkap diturunkan ialah suruh Al-Mudatsir [74:01-56]

Setiap kali Nabi saw mendapat wahyu, beliau akan mengajar sahabatnya menghafal ayat-ayat tersebut serta menerangkan kandungannya. Di samping itu Nabi saw mempunyai setiausaha yang beliau tugaskan menyalin ayat-ayat yang diturunkan. Beliau ialah Zaid Bin Tsabit. Setelah selesai menulis setiap ayat yang diturunkan, Zaid akan membaca ayat tersebut supaya Nabi saw pastikan kebenaran sebutannya. Jadi setiap ayat yang ditulis oleh Zaid telah disahkan oleh Nabi saw.

Selain Zaid Bin Tsabit, terdapat tiga lagi sahabat yang menyalin ayat-ayat Al-Quran.

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa Qatadah telah berkata “Aku telah bertanya Anas Bin Malik, Siapakah yang menghimpunkan hafazan semasa zaman Rasulullah saw?”

Anas menjawab “Mereka terdiri daripada empat golongan Ansar iaitu Ubay Bin Ka’ab, Muaz Bin Jabal, Zaid Bin Tsabit dan Abu Zaid”.

“Siapakah Abu Zaid itu?”

“Dia adalah bapa saudaraku.”

Al-Quran telah diturunkan dengan tujuh cara atau dialek bacaan mengikut Bahasa Arab sewaktu itu. Ubay Bin Ka’ab menceritakan peristiwa Malaikat Jibril datang menemui Nabi saw di satu saliran air menuju ke Bani Ghaffar dan berkata “Sesungguhnya Allah menyuruhmu membaca Al-Quran dengan satu cara(dialek)”

Nabi saw menjawab “Aku ingin memohon keampunan kepada Allah kerana umatku tidak mampu melakukannya”

Jibril pergi menemui Allah dan kembali lalu menyuruh Nabi saw membaca dengan dua cara bacaan.

Nabi saw menjawab “Aku ingin memohon keampunan kepada Allah kerana sulit untuk umatku melaksanakannya”

Jibril pergi lagi menemui Allah dan kembali lalu menyuruh Nabi saw membaca dengan tiga cara bacaan. Nabi saw memberi jawapan yang sama, lalu Jibril pergi bertemu Allah lagi.

Jibril datang kali keempat dan berkata “Sesungguhnya Allah memerintah kamu membaca Al-Quran kepada umatmu dengan tujuh cara (dialek). Jadi gunakanlah cara (dialek) yang paling mudah bagi mereka, semuanya tidak menyalahi ketentuan Allah.”

Nabi saw telah mengarahkan sahabat menyusun salinan ayat-ayat yang ditulis mengikut suruh tertentu. Walaupun Al-Quran diturunkan berperingkat-peringkat bersesuaian dengan peristiwa sabagai panduan hidup manusia, tetapi susunan suruh telah dibuat mengikut arahan baginda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s