Tafsir Ar-Rahman

Versi rumi ada diletakkan notis

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin dari Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Semasa menghadiri kursus penulisan pada hujung tahun lepas, aku ada belajar sikit bab hak cipta ni. Penceramah tu ada berkata “Penulis berkaitan soal agama paling ramai melakukan dosa dalam hak cipta.”

Ramai penulis mengambil jalan mudah copy, paste bahan terjemahan ayat al-quran dan hadis dari sumber tertentu yang mempunyai hak cipta sendiri tanpa kebenaran.

Bagaimana nak atasi masalah tersebut jika kita tidak pakar dalam menterjemah sendiri al-quran.

Lebih parah lagi hadis adalah kata-kata nabi saw di dalam bahasa arab dan kita yang tidak faham bahasa arab bagaimana nak menulis pendapat dan pandangan kita tanpa merujuk terjemahan dan penulisan orang lain.

Sebenarnya ada cara untuk kita menhasilkan tulisan yang tidak melanggar hak cipta.

Pertama Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Kitab ini diterbitkan oleh JAKIM. Teks rasmi kerajaan tidak dilindungi oleh hak cipta.

Aku sebenarnya bukan pakar dalam undang-undang hak cipta. Penceramah semasa kursus yang aku hadir tu ada berkata “Pihak kami baru berbincang dengan JAKIM dan diberitahu JAKIM membenarkan penulis mengambil rujukan dari tafsir ini.”

Kedua Kaedah Adaptasi. Perlu kita faham adaptasi dan terjemahan adalah berbeza. Terjemahan adalah menghasilkan tulisan mengambil

  1. susunan ayat, idea dan perkataan
  2. situasi
  3. watak

dalam karya kita dengan kebenaran.

Bagi menghasilkan tulisan dengan kaedah adaptasi, perkara paling penting yang perlu kita ketahui ialah fakta vs ekspresi. Kita boleh mengambil fakta kerana fakta bukan dilindingi hak cipta.

Asingkan fakta dalam rujukan kita kemundian hasilkan tulisan dengan mengubah watak, situasi dan susunan.

Kurangkan dosa dalam penulisan bidang agama dengan menggunakan kitab tafsir ar-rahman dan kaedah adaptasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s