Inovasi : cipta produk baru atau perbaiki yg sedia ada?

Hari ini akhbar harian melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu syarikat tempatan mencetuskan idea untuk menghasilkan produk inovatif yang belum ada di dunia.

Setiap tahun kita melihat laporan kejayaan peserta negara memperolehi pingat emas dalam pameran inovasi dan ciptaan antarabangsa. Berapa banyak kejayaan tersebut telah dikomersialkan?

Apa manfaat yang rakyat perolehi dari kemenangan tersebut?

Berapa lama masa yang diambil sebelum boleh digunakan secara meluas?

Kita perlu faham bahawa setiap produk mempunyai kitaran hidup mereka tersendiri.

Product life cycle
Product life cycle

Tahap pengenalan produk amat penting dan kritikal dalam menentukan masa depannya. Adakah ia perlu penambahbaikan ciri atau perubahan rekabentuk supaya menjadi pilihan pengguna? Atau adakah ia tidak sesuai untuk diteruskan?

Semasa tahap ini cabaran produk tersebut sangat banyak. Pelaburan yang besar amat perlu bagi meneruskan kesinambungan produk baru. Banyak ciri yang perlu diperbaiki dan ditambah.

Jika produk baru itu menerima permintaan yang baik maka masuk pula tahap pertumbuhan. Pengguna sudah mengenali dan menerima produk yang dihasilkan. Satu keputusan yang berani perlu dibuat. Pengeluaran secara besar-besaran boleh dilakukan atau sebaliknya? Salah membuat keputusan pada peringkat ini akan menyebabkan syarikat mengalami kerugian yang amat besar.

Setelah masuk ke peringkat matang pencipta sudah dikenali. Pada peringkat ini kejayaan satu inovasi akan diiktiraf oleh pengguna. Masalahnya berapa lama satu produk itu akan mencapai tahap matang?

Bagaimana dengan dasar pandang ke timur?

Korea dan Jepun adalah negara yang telah menunjukkan bukti kejayaan dengan penghasilan produk berinovasi tinggi. Namun mereka sebenarnya menumpukan kepada penambahbaikan produk sedia ada. Tak kira produk yang mereka cipta sendiri ataupun produk ciptaan orang lain.

Satu rancangan televisen menunjukkan seorang wakil syarikat Korea pergi ke pameran antarabangsa untuk mengkaji produk baru serta ciri-cirinya.  Beliau berkata mereka mensasarkan tempoh 6 hingga 9 bulan untuk menghasilkan produk yang dijangka mendapat permintaan tinggi dengan tambahan ciri-ciri dari produk asal.

Mereka sebenarnya menggunakan kaedah adaptasi karya orang lain. Jika dilakukan dengan penuh beretika ianya tidak salah kerana idea tidak dilindungi hak cipta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s