Ada orang yang hanya boleh belajar dari biawak

Pada suatu hari seorang lelaki Badawi yang kerja mencari biawak (dhab) melihat ramai orang sedang mendengar ucapan dari sorang lelaki. Lalu beliau bertanya kepada seorang dari mereka “Siapa lelaki itu?”

biawak dhab
biawak dhab

Seorang lelaki berhampiran menjawab “Dia Muhammad s.a.w. Nabi yang diutuskan oleh Allah, tuhan yang kami sembah.”

Lalu lelaki Badawi tersebut mencampakkan dhab di tangannya dan berkata “Aku tak akan menyembah tuhan lelaki itu selagi dhab ini tidak sembah tuhan beliau.”

Nabi s.a.w yang melihat dhab itu berkata “Ya, dhab.”

Dhab tersebut menjawap seruan Nabi s.a.w dalam bahasa Arab “Ya lelaki mulia, insan terpilih.”

Nabi bertanya dhab tersebut “Siapa yang kamu sembah?”

Dhab menjawab ” Tuhan yang memiliki langit dan tuhan yang menjadikan bumi, berkuasa ke atas semua lautan. Tuhan yang menjadikan syurga untuk balasan kepada yang beriman denganNya dan neraka untuk mereka yang mendustakannya.”

Jawapan dhab dalam bahasa Arab amat mengejutkan semua orang. Ini adalah mukjizat Nabi s.a.w. Jawapan tersebut juga menerangkan tentang tauhid. Perlunya kita menyembah Allah yang esa.

Kemundian Nabi s.a.w bertanya lagi “Siapa aku?”

Dhab menjawab “Kamu adalah lelaki terpuji, kekasih Allah. Kamu diutuskan untuk membawa rahmat sekelian alam. Menyeru menyembah Allah tuhan yang esa.”

Mengalami peristiwa tersebut menjadikan lelaki Badawi tersebut beriman dengan Allah dan Nabi s.a.w. Beliau menjadi sahabat Nabi s.a.w.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s