Bela (pelihara) orang Jepun

Arwah Tok Wan selalu bercerita tentang dua orang Jepun yang tinggal bersama mereka sekitar tahun 1970an. Ayah dan mak juga menyatakan kekesalan kerana mereka tidak menyimpan alamat Akimi dan Takao. Mereka tidak lagi berhubung.

Bila aku tanya tujuan mereka tinggal disini, orang tua aku tidak dapat menceritakan dengan jelas tapi mereka bekerjasama dengan pegawai pertanian dan MADA yang beroperasi dibawah rumah Tok Wan.

Mereka selalu bercerita pengalaman mengajar Akimi dan Takao memanjat pokok kelapa. Kulit orang Jepun yang cerah menjadi merah dibahagian dada sambil mengusap akibat kepedihan. “Hua, hua, hua.” ayah bercerita sambil tersenyum. Semua aktiviti orang kampung akan disertai oleh orang Jepun ini.

Pada penghujung tahun lalu aku terbaca tulisan bartajuk “Paddy farming and social structure in a malay village”. Sebuah kajian sosial di kawasan Alor Janggus oleh Masuo Kuchiba dan Yoshihiro Tsubouchi. Diterbitkan oleh The Institute of Asian Economic Affairs, Tokyo, Japan 1967.

Adakah mereka orang yang sama tinggal bersama keluarga aku sebelum aku dilahirkan? Ada kesan yang signifikan bila aku baca laporan tersebut. Berikut adalah beberapa kesimpulan hasil kajian mereka.

  • 1538 orang penduduk – 978 Melayu, 546 Cina, 14 India dan Pakistan
  • 30 isi rumah yg miliki kurang 5 relong bendang – 18 tiada lembu mengala
  • 1 keluarga terdiri daripada  5 orang memerlukan RM50 sebulan- RM600 setahun
  • perlu ada sekurang-kurangnya 3.3 relong bendang untuk menampung perbelanjaan keluarga
  • 29 isi rumah (kurang daripada 5 orang) yang memiliki 1 hingga 3 relong bendang – hanya 3 yg tak perlu berhutang
  • perlu 7 relong untuk bebas hutang.

Selepas 40 tahun apakah statistik ini menunjukkan peningkatan taraf hidup petani di kawasan tersebut khususnya dan seluruh negeri Jelapang Padi amnya?

Bagaimana dengan pemilikan mesin kubota oleh petani sekarang?

Bagaimana dengan kos sara hidup dizaman ini berbanding pendapatan penanam padi?

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s