Riba Dalam Perbankan Islam

Sheik Imran Hossein bercerita tentang ‘back door riba‘. Jika 6 dari 10 muslim sudah terlibat dengan riba, Yahudi dan Nasara pasti akan berusaha mencari jalan untuk memastikan lagi 4 orang muslim ini mengikut mereka. Itu yang dinyatakan oleh Allah dalam ayat 120 surah al-baqarah [2:120].

Ayat ini mengingatkan orang Islam tentang jaum Yahudi dan Nasrani (Kristian) akan sentiasa berusaha memperdaya supaya mengukuti kehendak mereka. Pelbagai cara mereka gunakan untuk merosakkan kepercayaan umat Islam terhadap Allah. Ramai tidak menyedari hakikat ini kerana terikut2 dengan pengaruh dan cara hidup mereka dengan alasan mengikut peredaran zaman. Hakikat ini wajib di sedari dan jika telah terlanjur wajib bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

Bagaimanakah cara mereka menjerat 4 orang ini?
Perbankan Islam
Menurut Sheikh Imran, islam menggalakkan urusan perniagaan dalam bentuk tunai. Hutang bukan satu kebiasaan bagi islam. Mengikut amalan, harga pasaran adalah dalam bentuk tunai. Saidina Umar a.s pada suatu hari pergi kepasar dan mendapati seorang peniaga menjual pada harga murah dari pasaran.
“Naikkan harga mengikut pasaran atau keluar dari pasar ini.” Itulah arahan Saidina Umar a.s.
Situasi ini akan menyebabkan berlaku monopoli jika dibiarkan peniaga tersebut menjual pada harga murah dari pasaran selepas orang lain tidak dapat bersaing.
Sistem murabahah yang diamalkan sekarang adalah mengikut hujah penjual dan pembeli telah bersetuju dengan harga yang ditetapkan. Jadi tiada riba dalam sistem sekarang. Namun beliau menyoal kenapa harga yang bank beli 100ribu tetapi dijual pada harga 400ribu. Alasan yang jujur adalah tempoh bayaran dilanjutkan kepada 20 tahun.
Dengan melanjutkan tempoh bayaran harga yang dipersetujui itu menjadi tinggi dan keuntungan tersebut adalah disebabkan masa. Masa telah menjadi duit. Dan jika kita dapat duit disebabkan lanjutan tempoh masa maka itu riba.
Lagi satu sistem yang berjaya dimanipulasi ialah sewa.  Sistem parbankan islam sekarang telah memasukkan riba dalam kontrak sewa. Kemundian disokong dengan hujah telah dipersetujui penjual dan pembeli.
Nabi s.a.w telah menyumpah 4 golongan dengan mengatakan kesemuanya adalah bersalah iaitu
  1. pemberi riba
  2. penerima riba
  3. pencatit urusan riba
  4. saksi urusan riba
Hukuman bagi penerima riba ialah mereka akan dicampak ke dalam api neraka dan kekal di dalamnya. Lagi 3 golongan yang disumpah Nabi s.a.w ini akan mendapat hukuman yang sama dengan penerima riba.
Subhanallah. Aku masih ada loan dengan sistem ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s