Tip menulis: Show, Don’t Tell

Penulisan fiksyen banyak menggunakan kaedah gambaran suasana dalam menyampaikan sesuatu maksud. Penulis banyak bermain dengan emosi pembaca. Satu kaedah menjadikan hasil karya sedap dibaca ialah ‘show, don’t tell‘.

Telling
Ali baru saja dipecat akibat melawan perintah ketuanya.

Showing
Ali tetap dengan keputusan beliau. Pengalaman lalu meyakinkan beliau tindakkannya betul. Keputusan syarikat beliau terima dengan tenang kerana yakin Allah akan membantunya. Rezeki di tangan Allah. Beliau pasti mendapat tawaran yang lebih baik dari sekarang.

Penulisan karya bukan fiksyen juga boleh menggunakan kaedah ini. Zamri Mohamad, penulis 15 buah buku dan mentor penulisan ada menyatakan seorang penulis rencana perlu elak dari menggunakan perkataan ‘kesimpulannya’ atau ‘oleh itu’.

Penggunaan anekdot akan menjadikan tulisan anda lebih berpengaruh. Anekdot berangkai boleh mengandungi dua atau lebih watak untuk satu isu yang dibincangkan. Anekdot akan berperanan sebagai (showing) isu tersebut.

Elemen kata-kata pakar boleh digunakan bagi mengukuhkan hujah. Pakar yang dipilih mestilah sesuai dengan isu yang dibangkitkan.

Satu lagi cara dalam menggunakan kaedah showing ialah dengan menggunakan contoh. Contoh boleh menggunkan watak yang direka tetapi faktanya betul. Penggunaan watak sebenar boleh menimbulkan isu yang tak dijangka jika tidak mendapat persetujuan dari watak tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s