Sayang Nabi s.a.w. Ikut Nabi s.a.w

Itulah tajuk khutbah Jumaat hari ini kat Masjid Sultanah. Khatib membawa kisah sahabat nabi s.a.w bernama Bilal Al-Rabah. Kisah berlaku sebaik sahaja Nabi s.a.w wafat.

Bilal a.s telah berjumpa dengan khalifah Abu Bakar a.s dan berkata “Aku tidak ingin lagi melaungkan azan di sini. Izinkan aku pergi meninggalkan Kota Madinah.”

Abu Bakar a.s  cuba menghalang “Kamu teruskanlah mengazankan waktu solat kami, Bilal.”

“Aku akan terus menjadi muazin kerana jasa kamu membebaskan aku sebagai hamba dulu. Tatapi jika kamu membebaskan aku kerana Allah maka izinkan lah aku pergi ke Syam.”

“Aku bebaskan kamu kerana Allah. Pergilah.”

Bilal a.s tidak dapat melaungkan azan kerana rindunya kepada Nabi s.a.w. Sewaktu Khalifah kedua iaitu Umar a.s melawati Syam atas urusan kerja, para penduduk Syam telah memohon khalifah meminta Bilal a.s melaungkan azan. Syaidina Umar a.s memujuk Bilal a.s dan akhirnya bersetuju.

Apabila azan dimulakan maka ramai sahabat yang menangis. Khalifah Umar a.s adalah orang yang paling kuat menangis.

Sampai pada kalimah “ashadu anna Muhammad rasul lullah” Bilal rebah lalu pitam.

Bilal juga pernah bermimpi berjumpa Nabi s.a.w yang bertanya ke mana beliau menghilang. Sebaik jaga dari tidur Bilal a.s terus melakukan musafir ke Madinah. Beliau mahu segera menziarahi makam Nabi s.a.w.

Sebaik tiba di Madinah Bilal a.s terus melawat makam Nabi a.s. Beliau menangis tak henti-henti kerana rindu kepada Nabi s.a.w. Kebetulan pada waktu itu dua cucu kesayangan nabi Hasan dan Husin a.s berada di dalam masjid. Beliau memeluk mereka sambil menangis.

Cucu nabi s.a.w meminta Bilal a.s melaungkan azan pada waktu subuh esok hari. Mereka rendu untuk mendengar suara Bilal a.s. Beliau menjadi serba salah.

“Aku telah berkata kepada khalifah Abu Bakar a.s bahawa aku tidak akan melaungkan azan di kota Madinah lagi”

“Tapi ini permintaa cucu yang paling di sayangi oleh nabi s.a.w.” Bisik hati Bilal a.s

Setelah seketika beliua menyatakan persetujuannya untuk mengazankan waktu subuh nanti.

Apabila perkataan pertama keluar dari Bilal pada pagi yang dingin itu, ramai yang terjaga dari tidur. Suasana sunyi pagi itu bertukar kerana ramai yang terkejut mendengar suara tersebut. Penduduk Madinah bergegas menuju ke masjid.

Ada penduduk bertanya adakah nabi s.a.w telah hidup kembali.

Sampai pada kalimah “ashadu anna Muhammad rasul lullah” Bilal a.s tidak dapat meneruskan azan beliau. Perasaan sedih menyelubungi suasana pagi itu. Semua yang hadir menyatakan kerinduan mereka terhadap nabi s.a.w.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s