Apa yang aku faham kes mahkamah

“Cerita CSI, polis ambil sample DNA tanpa kebenaran pun” kata bini aku semasa melihat berita kat TV.
“CSI tu filem Amerika. Negara kita telah dijajah oleh Inggeris. Undang-undang kita berpaksikan British” balas aku.

Masa tahun akhir di universiti dulu aku ada ambil satu ‘paper option’  Undang-undang Kontrak. Paper ini aku ambil sebagai ganti paper fizik yang aku tak hadiri exam kerana perut aku kena belah untuk buang appendik.

Mengikut kefahaman aku sebelum perbicaraan pihak yang ingin mendakwa perlu mencari bukti dan hujah terhadap tertuduh. Persiapan rapi dilakukan dan berbekalkan keyakinan untuk menang, kes tersebut dibawa ke mahkamah untuk bicara. Jika mereka tak yakin untuk menang atau kekurangan bukti maka perlu tangguh dulu pendakwaan. Undang-undang kita menekankan pihak mendakwa membekalkan bukti hingga tiada keraguan terhadap kes tersebut.

Bagi kes jenayah pihak polis bertanggungjawab untuk menyiasat. Dakwaan dilakukan oleh Peguam Negara. Semasa siasatan banyak perkara dilakukan bagi mendapat bukti. Namun ada masanya tindakan penyiasat tidak boleh digunakan oleh pendakwa.

Semasa di mahkamah pihak pendakwaa mengemukakan segala bukti dan hujah. Pidak pembela pula cuba menyangkal bukti tersebut. Hakim pula akan mendengar hujah kedua belah pihak sebelum membuat keputusan.

Yang aku peliknya pihak pendakwa minta hakim guna kuasa suruh tertuduh serah bukti kesalahan beliau bagi memudahkan kes diselesaikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s