Jalan-jalan cuti sekolah

Cuti sekolah berbaki 3 hari. Cuti kali ni kami sekeluarga tidak merancang untuk pulang ke Kelantan atau melancung. Anak-anak dah mula bising.

Rakan aku memberi cadangan selepas aku bercerita tentang musim cuti sekolah ini “Hang pi Bukit Merah Lake Town. Bagi anak-anak hang main kat situ”

“Lepas puas main hang masuk semula ke highway menuju ke selatan. Hang masuk Hentian rehat Bukit Semanggol.”

“Kat situ ada hotel. Murah. Harga dalam RM59.”

“Bila dah dapat bilik hotel hang boleh bawa anak-anak ke Zoo Taiping & Nigh Safari”

Menaik.

Aku bertolak ke Bukit Merah pada pukul 1 tengah hari dan tiba pada pukul 3 petang. Orang ramai memenuhi taman tema Bukit Merah. Aku mencari kaunter tiket. Suasana bising (muzik di pasang dengan kuat) mengganggu keselesaan aku. Kaunter tiket berada betentangan dengan pentas yang mengajurkan karaoke suka-suka. Keadaan sebegini tidak sesuai bagi tempat kunjungan keluarga untuk bergembira.

Setelah puas mengelilingi kawasan sekita taman tema, anak-anak aku nak masuk ke dalam pameran rumah hantu. Aku mengambil kesempatan mencuba fish spa. Best.

Kami bertolak ke hotel selepas Asar. Sewa bilik untuk musim cuti ialah RM79.00. Terdapat pilihan bilik dengan satu katil besar atau dua katil kecil. Bilik tidak begitu luas tapi sesuai untuk kami sekeluarga berehat.

Kami bertolak ke bandar Taiping pada pukul 6 petang. “night safari zoo” hanya akan dibuka pada pukul 8 malam. Kesempatan ini aku guna dengan melawat taman tasik yang indah di Taiping.

Tepat pukul 8 malam kaunter tiket dibuka. Bayaran RM16 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas. Train disediakan untuk mengelilingi zoo. Perjalanan 45 minit amat menarik dan anak-anak aku sangat gembira.

Selesai aktiviti night safari kami pulang ke hotel untuk berehat. Pukul 9 pagi aku memandu pulang ke rumah selepas puas dengan percutian yang ringkas tapi menarik ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s