Sebuah kisah terindah sebagai pedoman isu sex.

Ketika seluruh dunia bercerita tentang bencana tsunami di Jepun serta tindakan serangan besar ke atas Libya, kita sibuk dengan berita sex.

Tahukah anda sebuah cerita yang paling indah? Allah bercerita sebuah kisah paling indah iaitu kisah nabi Yusuf a.s di dalam suruh Yusuf. Ayat [12:3] menyatakan perkara ini.

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.”

Kisah ini berlaku sebelum zaman firaun lagi. Sebuah kisah lengkap satu watak dari zaman kanak-kanak hingga dewasa. Kisah manusia yang dikuasai hawa nafsu lalu melakukan fitnah. Nabi Yusuf ialah anak Nabi Yaqub. Cucu kepada Nabi Ishaq serta cicit Nabi Ibrahim a.s

Allah menceritakan kisah fitnah sex dalam ayat 23 hingga 36 suruh Yusuf.

Nafsu yang menguasai seorang wanita telah menyebabkan berlakunya fitnah apabila kesalahan tersebut cuba disembunyi. Akibat terdesak beliau telah menuduh/fitnah Nabi Yusuf. Bagi pemimpin yang adil tuduhan perlu disertakan bukti. Apabila bukti diberikan, magsa telah bebas dari tuduhan tetapi mulut manusia tak dapat ditutup.

Berlaku cacian terhadap isteri pemimpin mereka iaitu Al-Aziz. Bagi menerangkan godaan yang dihadapi olehnya maka berlaku satu peristiwa terpegun dengan keindahan ciptaan tuhan sehingga wanita yang menyaksikan wajah Yusuf tadak sedar tangan mereka telah terluka akibat terhiris.

Bagi mengelak tipudaya dan fitnah nabi Yusuf memohon kepada Allah supaya dipenjarakan.

“Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s