Kisah selepas mati

Seorang peserta rancangan Tanyalah Ustaz menyoal “Ustaz ada menerangkan hanya terdapat dua roh iaitu munaamah dan muazabah.”

“Yang baik beristirehat manakala yang buruk mendapat siksaan alam kubur.”

“Kenapa terdapat andaian roh yang tidak tenteram berkeliaran hingga timbul cerita hantu?”

Ustaz Abu Hasan Din menerangkan hantu memang wujud. Umat islam jangan terpedaya dengan tipu daya syaitan.

Apabila berlaku sakaratul maut manusia telah terpisah dengan dunia.

“Dia menyeru dan menyembah makhluk yang dengan perbuatan demikian – mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu.”[22:13]

Apabila manusia berdamping dengan jin dan syaitan mereka telah menjadi sahabat karib. Tanggapan roh si mati berkeliaran itu sebenarnya adalah syaitan yang telah menjadi sahabat karib si mati dan syaitan itu tidak mati sehingga hari kiamat.

“Bagaimana dengan kisah manusia dihidupkan kembali?”

Kisah manusia yang mati hidup kembali berlaku pada zaman nabi Musa dan itu berlaku dengan izin Allah. Pada pendapat ulamak ini sebahagian dari mukjizat nabi. Kejadian itu berbentuk khusus pada masa itu sahaja sebagai pengajaran kepada umat manusia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s