Penguatkuasaan dan rasuah

Hari ni aku menonton rancangan “Behind every job”. Rancangan dari Singapura ini membawa penonton memahami pekerjaan belakang tabir. Minggu ni kerjaya sebagai pekerja kawalan serangga dan insektor kesihatan awam ditonjolkan.

Ada satu adengan yang menarik perhatian aku untuk ulas. Tugas inspektor kesihatan awam dalam penguatkuasaan larangan membuang sampah merata-rata. Mereka memerhati kawasan tumpuan awam seperti tempat menunggu bas. Apabila ada orang melakukan kesalahan mereka akan terus mengejar dan memaklumkan kesalahan tersebut.

“Cik, saya inspektor kesihatan awam” sambil menunjukkan kad kuasa beliau.
“Cik telah melakukan kesalahan membuang sampah merata-rata. Boleh berikan IC cik?”

Pesalah cuba mengelak “Saya tidak membuang samapah. Saya hanya tinggalkan bekas minuman di situ.”
Pegawai tersebut mendidik pesalah “Cik tinggalkan bekas minuman di situ menyebabkan tikus dan serangga lain datang dan merosakkan persekitaran.”

Pesalah terus mengeluh “ini pun kena saman ke?”
“Berapa yang perlu saya bayar?”

“Saya tak tau. Mahkamah yang akan menentukan jumlah saman terhadap cik.”

Pesalah membebel lagi “buang sampah pun kena pergi mahkamah ke?”

Kat sini aku perhatikan keberkesanan pelaksanaan “enforcement” undang-undang di negara jiran kita ini. Situasi kita di Malaysia agak berbeza. Pesalah akan diberi notis bersama tawaran kompoun. Jika tidak memanuhi tawaran tersebut baru kes dibawa ke mahkamah.

Apa yang berlaku hari ini ialah persepsi pesalah apabila mendapat tawaran. Pesalah akan melakukan tawaran balas kepada pegawai penguatkuasa agar tindakan tidak di ambil ke atas mereka.

Mindset pesalah…
“Kalau kena saman aku kena bayar RM300.”
“Baik aku offer RM50.”
“Tak perlu naik turun balai.”

Mindset pegawai…
“Kalau dia bayar saman aku tak dapat apa-apa”
“Baik aku ambil tawaran dia.”

Maka berlakulah RASUAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s