Analisa pasaran mengikut chart – Back to basic

Banyak respon yang aku dapat meminta penerangan lanjur dari tulisan sebelum ini berkaitan Analisa pasaran mengikut chart. Pelabur mesti faham perkara asas dalam kajian melibatkan carta. Kali ini kita kembali kepada asas.

Perubahan harga pada saham dan komoditi memberikan data ‘open’, ‘close’, ‘high’ dan ‘low’ untuk suatu tempoh. Data-data tersebut bila diplot akan membentuk carta. Carta candlestick merupakan pilihan ramai.

Carta yang terbentuk hanya menunjukkan apa yg telah berlaku sebagai sejarah. Perlu diingat carta ini tidak menjamin pergerakan yang serupa untuk masa hadapan.

Hubungan carta tersebut dengan sifat manusia menunjukkan perilaku emosi. Semasa pergerakan menaik sifat tamak menguasai pelabur mendorong melonjakkan lagi kenaikan harga. Trend ini dikenali sebagai trend menaik (up-trend).

Sifat takut menguasai emosi pelabur apabila harga mengalami kejatuhan. Pelabur akan meninggalkan pasaran menyebabkan harga jatuh lebih teruk dan trend ini dipanggil down-trend.

Setelah emosi takut semakin reda, pelabur mula memasuki pasaran dan harga kembali meningkat. Keadaan ini dikenali sebagai swing.

Emosi tamak dan takut ini adalah berbentuk sifat (behaviour). Pakar mengatakan sifat manusia boleh dijangka (predictable). Maka technical analysis untuk pasaran adalah menjangkankan sifat manusia dan bukan sifat harga pasaran itu sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s