Kisah bermulanya fitnah besar umat islam

Syaidina Umar ra bertanya Huzaifah bin Yaman ra berkaitan fitnah besar yang bakal melanda umat islam (pembunuhan sesama islam). Huzaifah berkata Umar adalah ‘pintu’ kepada fitnah tersebut. Lantas Umar ingin mengetahui bagaimana pintu itu dibuka.

“Dirobohkan” jawab Huzaifah ra.

Huzaifah ra merupakan sahabat nabi saw yang mengetahui peristiwa yang akan berlaku pada masa depan. Banyak hadis yang diriwayatkan oleh beliau belum berlaku pada masa nabi saw masih hidup. Kini kebanyakan hadis beliau yang bermaksud “akan berlaku…” telah pun berlaku. Bila dihimpun hadis-hadis yang diriwayatkan oleh beliau hanya sedikit sahaja lagi yang belum berlaku.

Kisah pembunuhan Umar ra diceritakan oleh Amru bin Maimun ra yang solat subuh dibelakang Abdullah Ibn Abbas. Amru berkata semua yang berdekatan dengan beliau nampak peristiwa tersebut. Namun bagi yang duduk di saf bahagian hujung tidak mengetahui kejadian ini.

Ketika hendak solat subuh pagi tersebut Umar ra menyeru supaya semua jemaah berada dalam saf yang betul (lurus).

Ketika Umar ra membaca surah didalam solat subuh tersebut tiba-tiba kedengaran Umar berkata “qatalani.”
“Aku dibunuh.”
“Aku digigit anjing.”

Beliau lantas menarik Abdul Rahman Bin Auf menggantikannya sebagai imam solat.

Selesai solat Umar ra mengarahkan Ibn Abbas mencari penjenayah tersebut.
Pembunuh tersebut menggunakan pisau bermata dua merobek perut Umar ra dan ketika melarikan diri beliau mencederakan 12 lagi jemaah solat subuh tersebut. 7 orang termasuk Umar ra meninggal dunia dalam tragedi tersebut.

Ibn Abbas melapurkan penjenayah tersebut adalah budah suruhan Mughirah si tukang buat pisau telah mati bunuh diri bila gagal melarikan diri.

“Alhamdulillah, aku dibunuh oleh bukan muslim.”

Selepas ‘pintu’ fitnah itu dirobohkan maka berlakulah kejadian umat islam berbunuh sesama islam.
sumber : kuliah radiokedah fm 15 July 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s