Lelong Emas or Emas Lelong?

Minggu lepas aku dapat call dari pegawai Bank Rakyat.

“Tahniah, Encik menang tender emas dari kami. Encik boleh datang ambil emas tersebut hari ini.”

Aku rasa sangat gembira tapi sempat juga bertanya item mana yang aku menang. Rupanya item yang aku tawarkan harga paling tinggi. Kegembiraan aku turun mendadak. Tak la murah sangat harga tu dari harga reserve.

Aku terus pi ambil barang tersebut. Masa dok tunggu pegawai tu ambil emas yang aku dah bayar, seorang pegawai yang lain masuk ke dalam bilik gadaian dan memberi tahu pemenang untuk item yang lain tidak jadi ambil. Gila harga dia tawarkan lebih RM1000 dari reserve.

“Item ini encik kalah dengan pemenang tadi tapi dia dah tolak. Encik masih berminatkah?” soal pegawai tadi kepada aku.

Bila aku cek balik rekod masa tender tu rupanya aku letak harga RM2 saja dari harga reserve. Apa lagi melonjak kembali la perasaan gembira dalam hati.

“Saya nak ambil item tu. Harga yang saya kena bayar ikut nilai yang saya tender, kan?”

“Ya walaupun pemenang pertama menawarkan harga tinggi tetapi bila dia menolak tawaran mengambil emas ni harga seterusnya mengikut harga yang ditawarkan pemenang kedua” jawab pegawai wanita tadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s