Aku Huffaz 2, 2013

Semasa Din memandu masuk ke kawasan sekolah, Hakim sedia menanti ketibaan mereka. Sebaik berhenti, Hakim berlari anak menuju ke kereta. Apabila dia masuk ke dalam kereta suasana menjadi bising. Adik-adik berebut untuk bercerita kepada si abang.

Hakim tunduk diam. Mimik mukanya berubah menjadi sayu. Tiba-tiba terdengar tangisan keluar dari mulut Hakim. Semua tergamam.

Din mengubah kedudukan cermin pandang belakang kereta supaya boleh melihat Hakim. Selepas seketika Din bersuara “Teruk sangatkah keadaan asrama Hakim?”

Hakim mengulingkan kepala. Tiada jawapan yang keluar dari mulutnya.

“Hakim kena buli dengan senior?”

Hanya suara yang perlahan keluar dari mulut Hakim “Tak. Hakim rindukan rumah.”

Adik-adik yang sebelum ini teruja untuk berjumpa dengan Abang Long, hanya memerhati bingung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s