Aku Huffaz, 2013

Selepas lama memerhatikan isterinya mundar-mandir di antara dapur dan ruang tamu, Din memperlahankan suara televesyen dan berkata “Mengapa dengan awak hari ini?”

Ima menoleh ke arah Din tetapi tidak berkata apa-apa. Beliau kemudian melangkah semula ke dapur. Apabila melalui bilik di bahagian tengah rumah, Ima berhenti. Pintu bilik tersebut Ima buka. Melihat beg pakaian yang penuh berisi dan baldi kecil di dalam bilik tersebut, Ima menundukkan mukanya. Air mata mula membasahi pipi Ima.

Sambil mengusap perlahan bahu Ima, Din berkata “Awak dulu belajar di sekolah berasrama juga, mengapa awak sukar melepaskan Hakim?”

Dengan nada perlahan Ima berkata “Abang, masa kita bermanja dengan Hakim akan habis. 5 tahun dia akan tinggal di asrama, kemudian melanjutkan pelajaran ke universit.”

Kini suara Ima yang menangis tak dapat ditahan lagi. Bunyi tangisan Ima makin meninggi.

“Lepas tu Hakim akan memulakan kerjaya dan berkeluarga. Kita hanya bersama Hakim 12 tahun.”

Din memimpin isterinya ke ruang tamu dan mereka duduk di atas sofa. Din berbicara “Hakim akan pergi untuk menghafal Al-Quran. Ia mukjizat agong.”

Din bangun seolah-olah hendak berpidato dan menyambung kembali nasihatnya “Apa yang kita lakukan ini bukan perkara biasa-biasa. Keputusan ini memerlukan pengorbanan yang besar.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s