BR1M RM500

RM500 satu jumlah yang banyak. Aku boleh beli susu dan lampin anak untuk tempoh 10 bulan. Bini aku kata ramai pesakit tidak hadir temujanji minggu ni kerana pergi ambil BR1M.

IMG_20130221_110806 IMG_20130221_110750

Rakyat seperti di suruh menyembah dan memuji BN kerana beri wang RM500. (kain rentang menyambut penerima BR1M)

Setiap penerima perlu beratur mengikut kaunter yang ditetapkan.
Ada yang beratur hampir sejam tapi bila sampai dikaunter rupa-rupanya salah barisan. Tiada urusetia bertanggungjawab bagi membantu pakcik dan makcik ini. Kerja mengawal keadaan diserah kepada anggota RELA.

Dikaunter terdapat 3 pegawai melakukan tugas pemberian kupon.

  1. Pertama menyemak nama dan surat tawaran.
  2. Kedua memberi kupon dan menyemak kad pengenalan.
  3. Ketiga cop dan ambil cap jari penerima.

Proses ini sangat tidak effektif. Orang ramai terpaksa menunggu lama dalam barisan yang panjang.

Sepatutnya setiap pegawai di kaunter boleh melakukan semua tugas sekaligus. Satu kaunter telah ditetapkan untuk 250 penerima dan di kaunter terdapat 3 pegawai. Jika setiap pegawai melakukan 3 proses ini mereka hanya berkhidmat untuk 83 penerima sahaja.

Selepas dapat kupon penerima perlu beratur untuk mengambil wang RM500 di kaunter yang lain. Sekali lagi proses pengesahan yang berulang-ulang dilakukan. Tindakan yang tidak efektif ini memakan masa yang panjang dan menyusahkan penerima dan petugas itu sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s