Ungkit kebaikan sendiri

Jika kita mengungkit kebaikkan dengan perasaan riak, segala pahala akan hilang. Riak umpama api di dalam sekam.

Namun begitu ada waktunya kita boleh mengungkit kebaikkan yang kita lakukan.

Peristiwa ini berlaku semasa Khalifah Othman a.s dikepung sebelum beliau syahid dibunuh.

Khalifah Othman a.s telah bangun dan mengeluarkan kata-kata seperti berikut

“Sewaktu nabi saw datang ke Madinah hanya air dari telaga bik-ru-rumah yang sesuai untuk minum. Air dari telaga lain masin. Nabi bersabda sesiapa yang boleh membeli telaga bik-ru-rumah dan sedekahkan kepada seluruh penduduk untuk meminum dengan percuma maka Allah kurniakan Jannah kepadanya. Aku telah membeli telaga bik-ru-rumah menggunakan wang aku.”

“Sewaktu masjid nabi penuh maka Nabi saw bersabda sesiapa yang mampu membeli tanah disebelah masjid ini dan sedekahkan untuk membesarkan masjid ini maka Allah janjikan Jannah. Aku telah menggunakan duit aku untuk membeli tanah tersebut dan sedekahkan untuk membesarkan masjid.”

“Sewaktu perang tabuk, tentera muslim tidak mempunyai kelengkapan yang cukup. Nabi saw bersabda sesiapa yang bersedekah akan memperolehi syurga. Aku telah membelanjakan hartaku untuk membeli kelengkapan perang tentera islam.”

“Sewaktu ketika Nabi saw, Abu Bakar, Umar dan aku berada di atas Bukit Sabir telah berlaku gegaran. Nabi menghentakkan kakinya sambil berkata Bakit Sabir tahukah engkau sekarang ini di atas engkau ada nabi, sidiq dan 2 orang yang bakal syahid.”

“Sewaktu aku dilantik memegang jawatan ini aku seorang yang kaya. Tahukah kamu sekarang aku hanya ada 2 ekor unta yang aku nak guna untuk melakukan haji di Mekah?”

Puak yang mengepung rumah beliau berkata “Benar, tapi kami tetap hendak membunuh engkau.”

~Kuliah Ust Samsuri radio Alor Setar 29 Jan 2013

One thought on “Ungkit kebaikan sendiri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s