Jeneral Islam Yang Zalim

Asma Ibni Abi Bakr as-Sidiq adalah kakak kepada isteri nabi Aishah a.s. Beliau berkahwin dengan ar-Zubair Bin al-Awaam. Hidup mereka sederhana dan bahagia dengan anak-anak. Salah seorang anak mereka bernama Abdullah.

Abdullah bin Zubair a.s telah menjadi anak angkat kepada nabi saw. Aishah telah membela Abdullah as sejak kecil.

Ketika islam telah berkembang pesat, Abdullah bin Zubair as telah menjadi gabenor kota Mekah. Beliau berazam menjadikan Kaabah seperti mana binaan asal. Binaan Kaabah di atas tanah. Bukan di angkat dan memerlukan tangga.

Beliau pernah mendengar nabi saw menyatakan keinginan tersebut kepada Aishah as sewaktu mereka tinggal bersama. Namun keinginan nabi saw itu terpaksa dilupakan bagi mengelak fitnah antara kaum sewaktu itu.

Keazaman Abdullah bi Zubair as ini mendapat tentangan jeneral perang iaitu Hajaz bin Yusof as-Saqafi. Sifat bengis Hajaz sememangnya diketahui semua orang pada zaman itu.

Hajaz telah membawa anggota tenteranya memasuk kota Mekah dan menahan Abdullah bin Zubair as. Beliau telah menjatuhkan hukuman mati kepada Abdullah as. Beliau telah melakukan kesalahan dengan membawa masuk tentera ke Kota Mekah. Khalifah ketika itu tidak mengambil tindakkan keatas Hajaz atas nasihat mengelak peperangan saudara yang lebih besar berlaku.

Sewaktu hukuman hendak dilaksanakan Asma as pada ketika itu telah tua datang kepada Abdullah yakni anaknya dan berkata “Jika kamu berada di atas kebenaran maka bersabarlah dengan jalan yang tuhan tentukan.”

Asma as tidak datang merayu kepada Hajaz. Begitu besar jiwa ipar nabi saw, anak kepada khalifah islam yang pertama ini.

Hajaz telah menghalau Asma as dengan berkata “Pergi kau perempuan tua yang nyanyok dari sini.”

Asma as menjawab “Aku belum nyanyok untuk kenal siapa kau.”

Hajaz talah membunuh Abdullah bin Zubair as. Jenazah Abdullah as telah disula dan disandarkan pada dinding Kaabah. Hajaz melakukan tidakan itu bagi menakutkan musuhnya dan sebagai amaran supaya tidak menimbulkan isu tersebut lagi.

Kezaliman Hajaz berterusan dan pada suatu ketika beliau hendak membunuh Said bin Zubair (seorang tabi’i), keberkatan doa orang yang dizalimi telah menimpa Hajaz. Said telah berkata kepada Hajaz sebelum beliau dibunuh “Aku akan menjadi orang terakhir menerima kezalimanmu.”

Selepas 2 minggu doa tersebut keluar dari Said, Hajaz telah menjadi gila. Beliau mati dalam kegilaan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s