Jangan bimbang tentang kos, yang penting projek jalan

Bila dengar ungkapan “Jangan bimbang tentang kos, yang penting projek jalan” aku teringat kisah pengorbanan sahabat nabi saw. Apabila sampai arahan untuk berperang mereka tanpa teragak-agak mengorban harta benda kerana Allah swt.

Syaidina Othman,Syaidina Umar dan Syaidina Abu Bakar menyambut seruan tersebut dengan masing-masing menyumbang suku,separuh dan semua harta mereka demi Islam.

Sewaktu kanak-kanak aku terdengar ungkapan “Jangan bimbang tentang kos,yang penting projek jalan” ketika sekumpulan lelaki datang ke rumah. Mereka berbincang dengan ayah aku projek sumbangan beras dari kilang beras ayah aku ketika musim pilihan raya.

Sekitar tahun 90an sekali lagi aku mendengar ukapan “Jangan bimbang tentang kos, yang penting projek jalan”. Sekumpulan lelaki datang berbincang dengan ayah aku supaya membenarkan rombongan motosikal mengiringi pemimpin, mengisi minyak di kedai beliau. Kali ini ayah aku menolak.

Semalam aku sekali lagi mendengar ungkapan “Jangan bimbang tentang kos, yang penting projek jalan” di markas pilihan raya kawasan aku. Kami berbincang tentang kempen secara adhoc. Bila timbul isu kos melaksanakan kempen tersebut, ada insan mengeluarkan ungkapan “Jangan bimbang tentang kos, yang penting projek jalan”.

Ungkapan tersebut boleh jadi muslihat dan juga keikhlasan dan menyumbang demi perjuangan. Moga segala usaha murni dengan niat lillahi taala diterima oleh Allah sebagai saham untuk akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s