Ketahui gaya berkempen melalui bahasa dan tingkahlaku.

Musim kempen Pilihan Raya Umum ke 13 sudah hampir ke penghujung. Rakyat akan membuat pilihan siapakah yang akan menjadi kerajaan Malaysia. Ketika musim berkempen ini aku telah berjaya mengikuti program persijilan LAB Profile. Pertama melalui kaedah online dengan Shelle Rose Charvet, penulis Words That Change Mind dan ke dua dengan Hj Md Taib Mat, Master Trainer NLP Malaysia.

Apa itu LAB Profile?
LAB Profile adalah ringkasan untuk Language and Behaviour Profile. Merupakan kajian gaya pemikiran manusia berdasarkan Meta-Program dalam Neuro Linguistic Programming (NLP).

Ia adalah lanjutan dari kajian pada tahun 1957 oleh Noam Chomsky iaitu bagaimana manusia mengubah informasi yang diperolehi supaya mereka dapat berkongsi maklumat tersebut dengan orang lain.

Ketahui gaya berkempen melalui bahasa dan tingkahlaku.
Semua bahan kempen menggunakan meta-program. Berdasarkan pemerhatian aku, kempen pihak Barisan Nasional (BN) banyak menggunakan meta program berikut

  • moving toward (tuju kepada)
  • sameness (kesamaan)
  • general (secara umum)

perkataan yang digunakan

  • kesinambungan, keharmonian

Bagi Pakatan Rakyat (PR) pula, mereka menggunakan meta-program

  • moving away (elak daripada)
  • difference (perbezaan dan pembaharuan)
  • specific (khusus kepada penyelewengan)

perkataan yang digunakan

  • hentikan penyelewengan, ubah kepada sesuatu yang baru

Namun begitu pada pandangan aku, satu meta-program utama tidak diketengahkan iaitu kriteria atau nilai (criteria or value).

Setiap manusia mempunyai kriteria/nilai tersendiri dalam membuat keputusan. Kriteria/nilai ini pula berada pada beberapa tingkat logik (Logical Level). NLP menggariskan 6 peringkat logik

  1. Spiritual
  2. Identiti
  3. Nilai
  4. Keupayaan
  5. Tingkahlaku
  6. Persekitaran

Sewaktu berkempen di Kedah, Dato Seri Najib mengariskan kriteria semasa mengundi. Beliau membuat sedikit kesilapan kerana selepas memberi kriteria, beliau menyoal “betul tak?.”

Jika kriteria/nilai pendengar berbeza, secara tidak langsung mereka akan menjawab di dalam hati “Tidak.”

Mengikut kajian Shelle R Charvet, dalam kontek politik, manusia menggunakan meta-program ‘automatic‘ kepada pemimpin yang mereka bantah. Apa yang dilakukan adalah salah atau tidak betul. Sekiranya perbuatan itu benar atau tidak dapat dinafikan, mereka akan berdiam diri.

Mereka akan menggunakan meta-program ‘consistent‘ terhadap pemimpin yang mereka sokong (kecuali ahli parti tegar). Mereka tidak yakin sepenuhnya terhadap pemimpin tersebut. Mereka sentiasa membuat penilaian terhadap tindakan pemimpin tersebut.

Words that change mind– jika kita memahami bahasa dan tingka-laku seseorang maka kita dapat mengubah mereka menggunakan bahasa dan tingkah-laku yang serupa dengan mereka.

“To get people to go somewhere with you, you need to meet them where they are, and not just pretend they are already where you want them to be. Go to their bus stop, and from their bus stop, invite them on the bus.” – Shelle Rose Charvet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s