Kisah isra mikraj.

Dalam kisah perjalanan nabi saw dari Mekah ke Masji Aqsa, satu kejadian di mana beliau mendengar suara memanggil dari kiri dan kanan. Jibril as menerangkan suara tersebut merupakan panggilan dari kaum Yahudi dan Nasrani yang cuba memesongkan umat islam.

Ada ustaz berceramah mengenai kisah ini dan memberi contoh usaha kaum Yahudi dan Nasrani memesongkan umat islam dengan telefon muda alih dan tablet. Sehinggakan waktu nak bersolat ada call masuk. Ada notifikasi masej Facebook dan Twitter ketika sedang solat.

Kejadian bunyi telefon ketika solat Jumaat mengganggu ratusan jemaah.

Bagi pandangan aku telefon, facebook, twitter dan segala macam gajet ini adalah tools. Macam juga pisau, gunting dan jarum. Kenapa pemilik tidak meletakkan telefon dan gajet mereka dalam keadaan senyap? Lupa atau tak kisah?

Kenapa ada panggilan dibuat sewaktu solat Jumaat?

Memang dalam al-quran dan hadis menyatakan kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan berhenti mengajak manusia keluar dari seruan Allah. Namun kita pula tidak seharusnya asyik menyalahkan mereka atas kelemahan diri sendiri.

Sikap seperti ini hanya mengambil jalan mudah, tidak akan menyelesaikan masalah kurangnya iman dalam diri kita. Iman tidak dapat diwarisi. Iman juga sentiasa ada naik dan turun. Dengan menyalahkan orang lain iman kita tidak tidak diperkasa.s

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s