Nasihat Nabi Untuk Umat Akhir Zaman

Nota: tulisan ini adalah pemahaman aku dari kuliah ust Shamsuri di Masjid Sultanan pada 7/1/2014. Hadis dan dialog adalah bahasa olahan pemahaman aku sahaja, bukan rujukan per kata.

Khuzaifah al Yaman adalah sahabat nabi yang banyak meriwayatkan hadis bersifat futuristic (peristiwa yang belum berlaku pada zaman mereka). Beliau dianggap sebagai penyimpan rahsia nabi.

Khuzaifah pernah bercerita bawa ramai orang berjumpa nabi menyoal tentang kebaikan seperti apakah kebaikan yang perlu dilakukan untuk masuk syurga dan kebaikan lain untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. Namun bagi beliau soalan yang kerap ditanya kepada rasullullah adalah berkaitan keburukan.

“Aku takut jika keburukan tersebut ada di dalam diri aku dan supaya aku boleh elak jika aku terjumpa dengannya.”

Satu kelebihan yang ada pada Khuzaifah ialah boleh mengenal ciri-ciri orang munafik pada wajah mereka. Suatu hari sewaktu syaidina Umar al-Khatab menjadi khalifah, beliau telah berjumpa dengan Khuzaifah lalu berkata “Hang tengok muka aku ni. Adakah ada sifat-sifat munafik dalam diri aku?”

Syaidina Umar ra ini seorang yang kuat imannya. Pada suatu hari nabi saw bercerita bahawa beliau telah bermimpi berjumpa dengan sekumpulan manusia. Nabi dapat melihat dengan jelas rupa dan pakaian mereka.

Nabi berkata “Aku kenal mereka.”

“Ada yang memakai baju pada paras dada. Ada baju mereka hingga paras perus. Ada hingga paras pusat. Ada paras paha. Ada paras lutut. Ada paras buku lali dan Umar memakai baju kemas hingga labuh ke tanah.”

Para sahabat meminta nabi saw mentadbir mimpi tersebut.

“Baju itu adalah ad-din.”

Umar al-khatab adalah manusia yang sempurna agamanya selain para nabi dan rasul. Namun begitu beliau tetap meletakkan dirinya di bawah syaidina Abu Bakar as-siddiq.

Ketika nabi saw wafat telah berlaku sedikit kekalutan dalam politik islam. Ada seorang lelaki ansar telah berkata “Kami ada pemimpin dari kalangan kami. Kamu kaum muhajirin pilih pemimpin di kalangan kamu.”

Apabila Umar ra dengan berita tentang kenyataan ini, beliau telah mencari lelaki tersebut dan dengan tegas berkata “Kamu lupakah ketika nabi sedang sakit hari tu siapa yang beliau lantik menjadi imam solat kita?”

“Siapa yang ada di dalam hati mereka yang lebih baik dari Abu Bakar sila bagitahu aku.”

Lelaki ansar tadi berkata “Nauzubillah. Tak mungkin kami mendahului Abu Bakar.”

Khuzaifah al-Yaman telah berkata “Aku pernah tanya nabi saw, Kami dulu hidup dalam kejahilan dan dikelilingi perkara jahat. Allah telah turunkan tuan dan al-quran kepada kami dan hidup kami aman dan harmoni.”

“Adakan selepas ni kejahatan seperti dahulu akan muncul balik?”

Nabi menjawab “Ya.”

“Adakah lepas tu akan datang semula kebaikan?”

“Ya, tapi kebaikan akan datang dengan dakhanun.”

“Dakhanun tu apa ya rasullullah?”

“Dakhanun itu dimana kebaikan datang tetapi pemimpin mereka tidak berkehendakkan kepada aku dan islam. Lebih menyedihkan lagi kamu tahu mereka tidak berkehendakkan islam tetapi kamu tidak ambil peduli.”

“Adakah selepas itu kejahatan akan datang kembali?”

“Ya, akan datang zaman dimana penyeru-penyeru kepada neraka jahannam cukup ramai. Siapa lawan mereka akan campakkan ke neraka mereka (penjara).”

“Tolong ceritakan sifat-sifat mereka ya rasullullah.”

“Mereka adalah orang yang kulit dan bahasa yang sama dengan kamu.”

“Jika saya hidup pada waktu itu, apa nasihat tuan kepada saya?”

“Jika ada jemaah islam ketika itu, kamu ikut mereka. Jika tiada jemaah islam, kamu bawa diri sorang-sorang biar masuk hutan hatta makan pohon kayu hatta sampai mati. Janji kekal dalam islam.”

Nota: gaya penceritaan kali ini menggunakan kaedah nested loop NLP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s