Kuliah Ust Dato Shamsuri Ahmad

Nota: tulisan ini adalah pemahaman aku dari kuliah ust Shamsuri di Masjid Sultanan pada 4/3/2014. Hadis dan dialog adalah bahasa olahan pemahaman aku sahaja, bukan rujukan per kata.

image
Abdullah Bin Masud berkata kepada rakannya
“Kamu hidup sekarang dalam zaman dimana ramai fukahak, sedikit qari.”

“Mereka lebih kepada memelihara hukum di dalam al-quran.”

“Zaman dimana tak ramai yang bertanya kemuskilan tetapi ramai yang berilmu dan sedia memberi jawapan kepada masalah yang ditanya.”

“Zaman di mana sembahyang Jumaat panjang dan khutbahnya pendek.”

“Orangnya lebih utamakan amal ibadat dari nafsu.”

“Nanti akan datang zaman dimana fukahak tidak ramai tetapi ramai berlumba menjadi qari al-quran.”

“Mereka sibuk pelihara huruf-huruf al-quran tetapi sia-siakan perintah al-quran.”

“Orang yang bertanya kemuskilan ramai tetapi yang boleh menjawabnya tak ramai.”

“Khutbah mereka panjang tetapi solat pendek.”

“Orang pada waktu itu dahulukan nafsu daripada amal.”

Hadis sahih riwayat Abu Daud dari Abdulluh Bin Amru al-As Nabi saw bersabda “sudah hampir zaman dimana manusia diayak dengan pengayak bagi membezakan yang baik dengan yang jahat.”

“Hinggalah yang tinggal dalam dunia masa itu hanyalah orang jahat sahaja.”

“Bila tinggal orang jahat sahaja maka janji dan amanah dikhianati.”

(Dalam hadis lain amanah akan dijadikan batu loncatan untuk kejar kekayaan)

“Sampai manusia jadi berkecamuk macam ni.”

#Nabi tunjuk tangannya dengan jari-jari dicantum dan digoncangkan.

Sahabat bertanya “kalau kami hidup waktu itu apa patut kami buat?”

“Ambil apa yang kamu dah tahu betul dan tinggalkan semua benda yang kamu rasa tak betul.”

“Terima apa-apa benda yang jadi hak kamu dan tinggalkan hak orang lain (janganterima rasuah).”

Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 16 muka surat 25
Bab Mimpi Nabi nampak neraca dan timba.

Imam ar-Tarmizi mencatatkan dari Abu Bakrah ra, nama sebenarnya Nufain (nun fa ain).

Beliau seorang yang disegani oleh para sahabat nabi yang lain kerana soleh dan warak. Warak ni bermaksud berhati-hati iaitu tak mahu kepada subahah.

Pada waktu itu di Basrah hanya 2 orang yang menonjol dalam sifat warak iaitu Abu Bakrah dan Imran Bin Husain.

Namun Abu Bakrah yang meriwayatkan hadis yang kita nak baca nanti telah terlibat dengan satu controversy yang cukup besar. Beliau telah membuat pertuduhan zina terhadap sahabat nabi yang lain bernama Al-Mughirah bin Suzbah. Tuduhan yang berat.

Syaidina Umar Al-Khatab yang menjadi khalifah pada waktu itu terkejut mendengar berita tersebut lalu mengarahkan Abu Musa as-Saari menyiasat.

Abu Bakrah telah dibawa kepada khalifah. Umar ra tetap hormat Abu Bakrah kerana sifat waraknya bertanya untuk memastikan berita tersebut. (-jangan dok kalot nak jadi mr.forward:kena pastikan sahih dulu takut sebar fitnah)

Abu Bakrah dengan tegas mengaku beliau tetap menuduh Al-Mughirah berzina. Khalifah meminta 4 saksi. Abu Bakrah hanya panggil 2 saksi berserta dirinya sendiri. Maka saksi tak cukup 4 orang seperti yang diperintahkan Allah.

Umar al-Khatab menjatuhkan hukuman rotan 80 kali kepada Abu Bakrah dan 2 lagi saksi kerana gagal mematuhi syarat untuk menuduh seseorang berzina.

Selepas dirotan Abu Bakrah tetap dengan pendiriannya bahawa Al-Mughirah berzina. (Catatan: beliau telah tersilap kerana terdapat wanita yang memiliki wajah seiras dengan isteri sebenar Al-Mughirah.)

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah seperti berikut,

Suatu hari nabi saw bertanya kepada sahabat yang berkumpul “Adakah diantara kamu telah bermimpi?”

Seorang lelaki telah menjawab “Ya, saya telah bermimpi.”

“Dalam mimpi saya lihat neraca turun dari langit ketika rasulullah berhimpun dengan sahabat. Neraca tersebut turun dihadapan tuan.”

“Saya lihat tuan ditimbang dengan Abu Bakar maka berat tuan.”

“Kemundian Abu Bakar ditimbang dengan Umar maka berat Abu Bakar.”

“Kemundian ditimbang Umar dengan Osman maka berat Umar.”

“Selepas itu neraca tersebut naik semula ke langit.”

Bila nabi saw dengar neraca tersebut naik semula ke langit tanpa sempat menimbang sahabat yang lain, “kami lihat wajah beliau kelihatan berkerut di dahi seolah-olah terkilan.”
(Catatan: seolah-olah terkilan kerana sahabat lain tak ditimbang.)

Namun tiada siapa tahu maksud sebenar nabi saketika itu.

Takwil mimpi tersebut adalah iman.

Bab Mimpi Orang Yang Telah Mati Berpakaian Putih.

Nabi saw telah bermimpi seorang lelaki yang telah mati sebelum beliau dilantik menjadi rasul berpakaian putih.

Aishah ra meriwayatkan bahawa Khatijah ra pernah bertanya kepada nabi saw barkaitan sepupunya bernama Warakah Bin Naufal.

Warakah sepupu khatijah pada asalnya menyembah bahala seperti orang arab Mekah yang lain namun telah meninggalkan sembahan berhala apabila beliau membaca kitab Injil asal. Beliau telah beramal dengan amalan kaum Nasrani.

Beliau seorang yang berpengetahuan luas dan bijaksana. Beliau telah menulis tentang kitab Injil dalam bahasa Arab.

Sewaktu nabi pulang dari gua khiraq dengan ketakutan lalu di selimut oleh Khadijah. Selepas tenang nabi saw mencerita peristiwa tersebut kepada isterinya. Khadijah mengajak nabi saw berjumpa Warakah kerana beliau seorang yang banyak pengetahuan.

“Sesungguhnya kamu telah bertemu dengan pembawa rahsia dari langit.”

“Nabi Musa as telah berjumpa dengannya, Nabi Isa as telah berjumpa dengannya.”

“Jika ditakdirkan umur aku panjang dan bertenaga, aku pasti akan membela kamu ketika kamu dihalau keluar dari Kota Mekah nanti.”

Warakah meninggal dulia sebelum nasi saw dilantik menjadi rasul secara rasmi.

Khatijah bertanya kedudukan sepupu beliau disisi Allah.
Nabi saw menjawab “Allah tunjukkan kepada aku. Aku pernah bermimpi jumpa Warakah berpakaian putih. Maka tetaplah dia ahli syurga.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s