Kuliah Ust Shamsuri

Kuliah Ust Shamsuri Masjid Sultanah 4/11/14

Isu semasa kejadian ribut, puting beliung dan gerhana.

Riwayat Imam Muslim, sahih
Aishah ra bercerita aku tak pernah lihat nabi saw gelak terbahak sampai nampak anak tekak. Beliau hanya senyum.

Bila nabi saw nampak awan mendung muka dia nampak risau/cuak.

Aku tanya orang lain gembira bila nampak pokok hujan tapi engkau risau.

Jawab nabi ada siapa yang boleh bagi jaminan kepada aku yang pokok hujan itu pasti bawa hujan?
Sedangkan dah berlaku dulu (kaum Ad)nampak awan mendung dan gembira kerana sangka depa hujan nak mai tapi sebaliknya azab yang menimpa.

Riwayat Abi Sarihah ra
Kami bersembang kat luar dan nabi duduk dalam rumah. Nabi jengoi muka dan tanya kamu sembang pasai apa?
Kami jawab pasai kiamat.

Kata nabi kamu tak payah dok kalut pasai kiamat. Takkan jadi kiamat sehingga berlaku 10 perkara (telah bincang dalam kuliah sebelum ini)
1- berlaku gempa di timur
2- di barat
3- di semenanjung Arab
4- terbit kabus (ad-dukhan)
5- keluar binatang melata di atas bumi
6- terbit yakjut dan makjut
7- matahari terbit sebelah barat
8- keluar api si Yaman ligan orang
9- #takdan salin rasanya dajal
Dan yg ke 10 ada khilaf
1- nabi isa as
2- angin kuat humban orang ke laut.

Riwayat Abu Daud
Abu hurairah ra bercerita nabi kata angin itu sebenarnya tanda rahmat Allah.

Salamah ra berkata jaga baik-baik. Kadang-kadang rahmat kadang-kadang azab.

Bila tengok angin sebagai azab jangan sapa dok cela dia. Sebaliknya berdoalah supaya ada kebaikan di dalamnya dan mohon lindung dengan Allah.

Ibni Anas cerita satu hari seorang lelaki berjalan sambe letak selendang di bahu. Tiba-tiba angin tiup selendang tersebut lalu dia maki laknat angin.

Nabi dengar dan berkata jangan dok maki angin kerana dia diperintah Allah. Siapa yang dok laknat yang tak sepatutnya, apa-apa yg dia cerca itu akan balik kepadanya.

Anas Malik ra panjang umurnya berkat doa nabi. Pada zaman beliau telah berlaku kejadian gelap gelita pada siang hari.

Orang ramai serbu rumah anas dan bertanya pernah jadi tak pada zaman nabi.

Anas jawab aku minta lindung dengan Allah. Apa pun kalau jadi benda pelik minta lindung dengan Allah. Dulu kalau tiba-tiba ribut mai, kami lari pi masjid. Kami takut kiamat.

(Masa dok cerita ni tiba-tiba ada alarm kereta sapa tah dok bunyi, ust kata kita dok dalam masjid dah tak tau nak lari mana lagi)

Abi Masud al-Ansari cerita nabi kata matahari dan bulan (2 tanda kebesaran Allah) Allah jadikan nak bagi manusia takut. (Gerhana matahari dan bulan)

Orang lani dah leka dengan tanda kebesaran Allah dan anggap biasa saja. Allah boleh tutup suis matahari (gerhana) benda yang sangat besar dia mampu lakukan. Kita yang kecil ni apa la sangat.

Apa-apa benda pelik berlaku (bab gerhana) sembahyang lah dan berdoalah hingga benda tu selesai.

Riwayat Imam Muslim
Aishah ra berkata jika berlaku angin kuat nabi membaca (panjang juga- boleh ambil yang ringkas)
Allah hum ma in ni as aluka khoha…
Atau dalam bahasa melayu
Allah aku mohon angin ini jangan bawa malapetaka

Bahrul mazi Jilid 12 mukasurat 171
Bab makan arnab.
Arab pangge arnabun. Melayu ambil arnab orang putih ambil bunny. Hahha lawak ustaz.

Ada kisah orang ambil arnab pi letak kat kawasan kubur dan dia diam. Dan sabit kisah binatang boleh dengar suara dari kubur adalah hadis nabi saw.

Nabi saw cerita bila mayat dok di atas pengusong nanti dia akan dok tanya hampa nak bawa aku pi mana ni?
Makhluk lain boleh dengar. Kalau Allah buka hijab supaya manusia pun dengar, takdak sapa nak usung mayat.

Pengarang kitab Idris al Marbawi tulis (70 tahun dulu berdasarkan pemerhatian) arnab ada haid.

Tapi kajian sekarang kata bukan. Sebenarnya red urine yang jadi kepada majoriti arnab.

Pengarang kitab kata arnab halal dimakan dan sedap.

Dalil hadis riwayat Imam Tarmizi. Anas Malik ra cerita pada suatu hari kami sampai kawasan Marrah Azahran. Sebuah wadi tempat tinggal bani Sulail.

Bani Sulail ni amat rajin dan pakar dalam kerja tangan dan pertanian. Mereka dula ada urusan dagang dengan puak kafir Khurais di Mekah.

Bila sampai berita puak Khurais kalah perang Badar ketua Bani Sulail marah lalu kumpul puak dia untuk pi serang nabi sedangkan depa dah sain perjanjian taat setia kepada kerajaan Madinah.

Depa rancang dengan Khurais Mekah. Depa akan serang di Utara dan Puak Khurais akan serang dari selatan.

Al-Abbas pak menakan nabi yang dok ada di Mekah telah sampaikan berita rancangan serangan balas itu. Nabi saw yang baru samapai Madinah telah buat mensyuarat dan gerakkan 200 orang askar ke Marrah Azahran.

Bila bani Sulain tahu nabi telah datang mengejut, Allah campakkan rasa gerun dalam hati mereka lalu lari tinggalkan kampung halaman.

Nabi sampai di kampung kosong. Tunggu 3 hari tapi bani Sulail tetap tak pulang. Nabi rampas 500 ekor unta. Ini dikenali sebagai harta fait (bukan rampasan perang-ghanimah) sebab tak berlaku peperangan.

Semasa perang Khandak atau Ahzab sekali lagi bani Sulail belot. Depa dok dengan nabi dalam kawasan parit tapi sokong kafir Khurais.

Anas ra cerita masa di Marrah Azahran kami ligan arnab dari sarang (nak tangkap). Aku berjaya dapat tapi yang lain gagal dan keletihan. Aku bawa balik, bagi lat bapa tiri aku Abu Talhah. Dia sembelih dengan batu pejal yang tajam. Dan di masak.

Aku disuruh bagi kepada wakil bawa bahagian paha kepada nabi saw. Aku pesan supaya kata ini hadiah (kerana nabi tak makan sedekah).

Ada riwayat mengatakan nabi makan lauk paha arnab tersebut.

Ada riwayat lain cerita Anas ra tunggu wakil tadi pulang dan tanya nabi makan ka dak? (Sebab lauk arnab bukan kebiasaan)
Jawab wakil tadi nabi ambil dan bawa masuk. Aku tak tau dia makan ka dak.

Jadi dalam fekah ni sampai bila pun akan ada berlawanan. Ada kata harus, ada kata haram. Imam Nawawi kata semua 4 mazhab setuju halal makan arnab.

Lepas ni boleh pi beli sate arnab.

Hukum makan dhab.

Bentuk lain dari biawak Tanah Melayu. Sapa ada anak mengaji aliran arab boleh rujuk gambar dhab dalam kamus al-marbawi.

Halal. Dalil riwayat Imam Tarmizi
Abdullah ibni Umar cerita ada orang tanya nabi tentang makan dhab.

Nabi jawab “aku tak makan tapi aku tak haramkan. Nafsu aku tak lalu (nabi sebut lan maksud tak berselera). Kaum aku tak makan. Aku diasuh oleh kaum aku.

Ijmak hukum halal. Ada satu puak kata haram. Namun imam Nawawi hujah yang kata haram itu tak dak dalil.

Landak, memerang, tupai, sejenis tikus yang hanya ada di Afrika halal.

Lebih senang makan yang dah nyata halal. Nabi kata binatang yang haram dimakan ialah yang guna taring,guna kuku untuk baham makanan dan binatang berbisa.

Sambung kuliah bulan depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s